Tekanan agar seluruh Lembaga Pengarah syarikat konglomerat Sime Darby termasuk Pengerusinya Tun Musa Hitam turut berundur kerana kerugian RM1.63 billion syarikat milik kerajaan itu semakin memuncak.
Kalau sebelum ini beberapa pihak termasuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak mahu Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid seorang saja menjadi kambing hitam kena letak jawatan, kini Tun Dr Mahathir Mohamad memberi pandangan sama.
Dalam tulisan terbaru laman blognya,bekas Perdana Menteri itu bertanya adakah hanya CEO saja yang bertanggongjawab.
Katanya beliau sudah diberitahu mengenai peningkatan kos dan kelewatan dalam projek Bakun yang dikendali Sime Darby dimana kerugian besar berlaku sejak tiga tahun lalu.
Serentak dengan itu Dr Mahathir mempersoalkan mengapa bidaan bagi mendapatkan projek Bakun dibuat pada harga yang rendah.
Beliau juga bertanya siapa yang menjadi konsultan bagi Sime Darby dan bagaimana mereka boleh memberi ‘ lampu hijau’.
Ramai yang berkongsi pandangan dengan Ibrahim Ali kegagalan tabir urus Sime Darby menjadi satu lagi titik hitam yang menconteng arang pada keupayaan warga koprat Melayu.
Di kaca mata umum selama ini Sime Darby ibarat gergasi yang tidak mungkin akan bergegar sebaris Telekom,TNB,Maybank,Tabung Haji dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Lojiknya tidak mungkin seluruh lembaga pengarahnya boleh terlepas pandang pada kerugian sebegitu besar yang membengkak hari demi hari itu.
Maka memang tidak masuk akal untuk letak seluruh tanggongjawab itu pada Murshid seorang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan kerajaan tidak akan menutup apa-apa dalam hal ini.
Semua orang kini sedang memerhati secara dekat langkah Musa dan barisan lembaga pengarah Sime Darby selanjutnya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata beliau sedia angkat kaki.
sumber: ag
Senang banyak lah klo sekadar angkat kaki.,
BalasPadamSepatutnya"Saya sedia bertanggong jawab atas segala perkara yang berbangkit,terutama kerugian yang di alamai"
Mcm tur baru betul.,Kan!
Malaysia oh Malaysia tanah air ku.