Pengikut

Selasa, 25 Mei 2010

EKONOMI MALAYSIA 10 TERBAIK DALAM DUNIA

PERAKKUME



Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee tertanya-tanya sama ada perjanjian pertukaran 6 bidang tanah di Tanjong Pagar dengan dua kawasan di Singapura, ada kaitan dengan masalah defisit negara yang berjumlah RM363 bilion.


“Hari ini, kita memberi isyarat yang positif kepada sektor swasta dan rakyat di kedua-dua negara bahawa sudah tiba masanya untuk kita melangkah maju, meningkatkan pelaburan, menggalakkan lagi hubungan perdagangan serta merancang lebih banyak projek usaha sama,” kata Najib .



PM singapura dalam ucapannya berkata, rundingan hari ini berjaya memfokus perbincangan kepada meningkatkan hubungan dua hala Singapura-Malaysia ketika dunia berdepan dengan lebih banyak cabaran terhadap hubungan serta kerjasama dua hala.



“Isu POA telah menghantui hubungan kedua-dua negara selama hampir 20 tahun, tetapi hari ini kita berjaya buktikan bahawa kita boleh melihat ke hadapan dan meletakkan isu-isu warisan tersebut di belakang kita.



“Kita mencapai banyak persetujuan termasuk dalam isu tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), kemudahan air yang terkandung dalam Perjanjian Air 1961, mengurangkan kadar tol di Lebuh Raya Laluan Kedua, meningkatkan lagi perhubungan antara Singapura dan Malaysia dan beberapa lagi,” katanya, yang jelas gembira dengan persetujuan yang dicapai dengan Najib.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan