PERAKKUME
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan perasaan simpatinya terhadap Datuk Bung Mokhtar dan isterinya Zizie Izette A Samad yang didapati bersalah menikah tanpa kebenaran oleh mahkamah rendah syariah.
Menurut Dr Mohd Asri, kedua-dua pasangan sensasi itu terpaksa menerima hukuman "hanya kerana berpoligami".
"Dalam masa yang sama, kita boleh melihat berbagai filem dan aktiviti seni yang berpelukan dan bermesraan atas pentas, ditonton ramai tidak pernah diambil tindakan.
"Jika pun pihak Jabatan Agama ingin membendung salah laku atau salah guna poligami, buatlah peruntukan undang-undang yang tegas kepada suami yang berpoligami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan