Pengikut

Rabu, 10 April 2013

PENGUNDI BATU GAJAH KENA TOLAK DAP KALAU NAK MAJU? KEH!KEH!




Pengerusi BN Parlimen Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim, berkata BN merupakan satu-satunya parti yang boleh membawa pembangunan dan kemajuan di kawasan itu yang mempunyai tiga kawasan DUN iaitu DUN Tronoh, Jelapang dan Menglembu.
“Selama kawasan ini dikuasai pembangkang, rakyat berjumpa dengan pemimpin BN untuk memohon sesuatu pembangunan kerana mereka sedar wakil rakyat pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa untuk rakyat di sini.
“Sebaik mendapat permohonan rakyat, saya kemukakan hasrat mereka kepada pihak kerajaan dan buktinya pelbagai pembangunan dinikmati rakyat Batu Gajah seperti pembinaan longkang, jambatan dan pasar.
“Projek pembangunan ini dapat dilaksanakan hasil daripada usaha BN yang sentiasa berpegang kepada janji,” katanya kepada pemberita di Batu Gajah, hari ini.
Terdahulu, Mohd Yusoff yang juga Ketua UMNO Bahagian mengadakan pertemuan dengan pemimpin MIC Parlimen Batu Gajah dan barisan penyokong parti berkenaan.
Beliau berkata lagi, jika calon BN menang kerusi parlimen pada PRU-13 nanti, suara rakyat Batu Gajah dapat dipanjangkan kepada kerajaan, sekaligus membolehkan mereka menikmati lebih banyak pembangunan di masa akan datang.
“Selama ini, suara rakyat tidak dapat dipanjangkan di peringkat Parlimen kerana Batu Gajah dikuasai pembangkang. Oleh itu, saya minta rakyat beri satu peluang kepada BN untuk merampas kembali kerusi parlimen daripada parti pembangkang.
“Jika perkara ini menjadi kenyataan, saya bersedia berjumpa dengan PM untuk memanjangkan masalah serta permohonan rakyat di kawasan Batu Gajah,” tambah beliau lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Yusoff mengingatkan semua parti komponen agar bersatu hati dalam menghadapi PRU-13 ini bagi memastikan kemenangan calon BN.
Katanya, kesetiaan kepada parti perlu diutamakan dan mereka juga seharusnya akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan parti.
“Saya mahu semua pemimpin dan penyokong parti komponen bersatu hati dan janganlah berpecah belah agar kemenangan berpihak kepada BN.
“Jentera pilihan raya perlu harus bekerja kuat bagi meraih sokongan rakyat terutamanya pengundi atas pagar,” katanya lagi.
Sejak empat tahun menerajui negara, PM katanya, berjaya melaksanakan dasar transformasi negara dan pengumuman manifesto BN 2013 baru-baru ini menjanjikan masa depan yang cerah kepada rakyat tidak kira di bandar mahupun luar bandar.
“Janji BN kepada rakyat ditunaikan, tidak seperti janji kerajaan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang yang sekadar janji tinggal janji.
“Dalam tempoh empat tahun di bawah pemerintahan BN, rakyat begitu gembira dan saya menaruh keyakinan kita akan merampas kembali negeri Selangor, Kelantan dan Kedah yang sebelum ini dikuasai pembangkang,” katanya menegaskan BN boleh meraih kemenangan majoriti 2/3 dengan mudah pada PRU-13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan