Pengikut

Selasa, 2 April 2013

MAMPUKAH PKR PAS TERUS BERSATU DI PASIR SALAK?





Dalam pilihanraya lalu juga, muka baru diletakan sebagai calon BN.  Beliau ialah Dr.Wan Norashikin Wan Noordin, ketika itu Ketua puteri bahagian berkenaan yang juga ketua puteri negeri. Beliau bertanding atas tiket BN dan memperoleh 8,818 undi mengalahkan Mustafa Shaari (Pas), 7,402 undi. Berbanding Tajudin terdahulu, Norashikin mendapat kelebihan 1,416 undi.
Bagi kawasan Sungai Manik pula, jumlah pengundi ialah 20,190. Pengundi Melayu ialah 64 peratus, berbanding Cina, 30 peratus dan selebihnya India.


Dalam PRU ke12, Zainol Fadzi Paharuddin mengalahkan Mustaffa Kamil Ayub dengan kelebihan 1,374 undi. Zainol memungut 8,255 undi berbanding Mustaffa, 6,881. Penyandang wakil rakyat ialah Ibrahim Katop.

Dalam PRU ke13, peluang Pembangkang(PR) untuk menang di kawasan ini dilihat tipis kerana sehingga kini isu rebutan kawasan belum selesai secara rasmi. Pas kawasan berkenaan merasakan kawasan itu perlu dipulangkan.

Yang diPertua PAS kawasan, Dr. Muhaimin Sulam  pernah berkata “itu (meminjam kepada PKR) adalah persetujuan pada ketika itu, secara logiknya untuk PRU akan datang sepatutnya dua kerusi itu dikembalikan kepada PAS.”

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,PKR yang ingin meletakan calonnya di kawasan berkenaan terpukul dengan berita 400 pemimpin dan ahlinya di kawasan Pasir Salak keluar parti.

Usaha memujuk  Setiausaha Cabang PKR Pasir Salak, Mokhtar Ridzuan dan bendaharinya, Haniff Mat Rawi mengubah keputusan gagal. Lebih parah kumpulan ini mengistihar mereka  menyertai UMNO dengan menubuhkan cawangan UMNO Taman Malinja Jaya.

Kepada wartawan Mokhtar menafikan ada habuan disebalik tindakan mereka kerana katanya “ia adalah secara sukarela” sambil menambah ”saya keluar secara sukarela dan saya bersumpah tidak menerima walau satu sen pun untuk keluar PKR."

Mokhtar pernah aktif dalam UMNO tapi meninggalkan  parti pada 1999 kerana percaya PKR mampu untuk membela nasib orang-orang Melayu. Tetapi katanya ‘mereka nampak sahaja bersatu tetapi hakikatnya mereka lebih teruk, contohnya, mereka bertelingkah, berebut kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum.''

Ketua UMNO bahagian, Tajuddin ketika mengulas isu ini  yakin lebih ramai pemimpin dan ahli PKR Cabang Pasir Salak akan meninggalkan parti itu menjelang PRU ke13.

"Bilangan mereka sebenarnya sekitar 2,000 orang dan sejak tahun lalu, hanya tinggal beberapa ranting sahaja yang aktif,'' katanya.

Seorang ahli yang turut meninggalkan PKR, Mustafa Mokhtar,46, dari Ranting PKR Felcra Seberang Perak 1,2 & 16 berkata, parti itu langsung tidak memperdulikan pemimpin dan ahli peringkat akar umbi, sebaliknya hanya menjaga kepentingan kroni sahaja.

"Mereka langsung tidak turun menemui kami, sebaliknya saya lihat kepimpinan UMNO dan BN sering turun untuk bertemu rakyat, di samping membantu menyelesaikan masalah mereka,'' ujarnya.

Bagi majority penduduk di Pasir Salak, langkah keluar dari PKR menyertai UMNO bukan suatu yang menghairankan. PKR bukanlah parti yang mampu menyelesaikan masalah rakyat.




BOLEH BACA DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan