Pengikut

Isnin, 8 April 2013

MCA SERAH DUN TRONOH KEPADA MIC




MCA telah memberi laluan kepada MIC untuk bertanding di kerusi DUN Tronoh pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Ini kerana, katanya, dilakukan demi semangat perkongsian kuasa di antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dan tiada syarat dikenakan.
Dr Chua berkata, beliau berharap masyarakat India akan menghargai semangat MCA dengan memberikan sepenuh sokongan kepada parti dan BN di kerusi-kerusi lain.
Kira-kira 13 % pengundi di Perak terdiri daripada masyarakat India.
Dr Chua turut mengesahkan bahawa MCA akan bertukar kerusi DUN Buntong dengan MIC di kerusi DUN Sungkai pada PRU-13.
Bilangan pengundi Cina di Sungkai adalah kira-kira 55%, manakala pengundi India di Buntong seramai 45%.
Dr Chua berkata, beliau mengadakan perbincangan secara mendalam bersama Najib Tun Razak mengenai pertukaran itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan