Pengikut

Rabu, 10 April 2013

KEMPEN 15HARI BUKTI NEGARA AMAL DEMOKRASI KATA NAJIB.KEH!KEH!





Tempoh “panjang” 15 hari berkempen menunjukkan “demokrasi sihat”, kata Pengerusi BN Najib Razak hari ini, sementara rakan-rakan BN beliau menganggap tempoh panjang itu “mencabar” dan mungkin akan memberikan kelebihan kepada musuh mereka.
Kebanyakkan pemimpin yang ditemui oleh The Malaysian Insider mengatakan perlawanan Pilihan Raya 2013 lebih sukar sebaik sahaja SPR mengumumkan untuk menetapkan tarikh penamaan calon pada 20 April dan hari mengundi pada 5 Mei, akan tetapi, Najib mengatakan gabungannya menerima keputusan itu.
“SPR telah membuat keputusan, kita terimalah. Pengumuman itu bermaksud mereka cuba membuat keputusan menunjukkan proses demokrasi yang sihat di Malaysia. Kami terimalah,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup dengan ketua bahagian di PWTC di sini.
Sesetengah pemimpin BN, walau bagaimanapun, mengatakan mereka yakin gabungan tersebut boleh mengambil kesempatan daripada tempoh berkempen yang panjang untuk sampai kepada setiap pengundi oleh kerana mereka berhadapan dengan pilihan raya paling sengit di Malaysia semenjak negara merdeka pada 1957.
“Tempoh panjang tersebut, walaupun mencabar, akan memberikan masa kepada kita untuk memperkenalkan calon, fokus kepada kerja bawah supaya kita boleh menang dengan majoriti lebih daripada dua pertiga dan merampas semula negeri yang kita kalah,” kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan