Pengikut

Sabtu, 15 Disember 2012

MEMANG BN AKAN TUMPO. APE MACAM?

GEORGE TOWN, 15 Dis — DAP menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menjadi pilihan sebagai perdana menteri (PM) jika Pakatan Rakyat (PR) menakluki Putrajaya sambil menyifatkan PAS sebagai rakan paling utuh dalam gabungan tersebut, kata pengerusinya Karpal Singh hari ini.

Menurut Karpal, pendirian tersebut sudahpun dinyatakan sebelum ini tetapi isu tentang siapa bakal menjadi PM dipolitikkan terutamanya oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

“DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika Pakatan berjaya ke Putrajaya,” kata Karpal dalam ucapan pembukaan di Kongres Kebangsaan DAP ke-16.

Kemelut calon PM juga menjadi perkara utama yang dibincangkan pada Muktamar PAS baru-baru ini apabila delegasi parti Islam tersebut mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisi jawatan penting itu.

Namun Karpal dalam ucapannya tidak mengulas lanjut terhadap permintaan oleh rakan mereka, PAS tersebut tetapi berkata parti tersebut sebagai rakan paling utuh yang banyak memainkan peranan penting dalam PR.

“PAS adalah rakan penting dalam PR, mereka juga adalah parti yang paling utuh secara prinsipnya dalam PR.
“Ia juga sama dengan PKR,” terang beliau.

Karpal juga sempat mengecam BN dan mencabar delegasi dan rakan dalam PR untuk “menyembelih” musuh utama mereka tersebut dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
“Saya percaya dengan gabungan ini, PR adalah sebuah gabungan yang kuat untuk mencapai objektif.

“Dan kita akan sembelih BN dalam pilihan raya nanti,” gurau beliau.

Selasa, 4 Disember 2012

SIAPA HEBAT ?

Memutuskan sama ada Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi sebagai penerima anugerah paling berprestij bagi pemain di rantau Eropah, Ballon d'Or pastinya bukan mudah. Anugerah bola emas ini diberikan kepada pemain yang benar-benar terbaik dalam Liga Eropah.  

Ronaldo pernah membawa pulang anugerah itu pada 2008.  Setelah itu, tiga tahun berturut-turut sehinggalah 2011, anugerah itu direbut Messi.  



Maka milik siapakah anugerah bola emas pada tahun ini?  

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA, Sepp Blatter juga bingung. Selepas memberikan kuliah di Geneva, Switzerland tidak berapa lama dahulu, lelaki berusia 76 tahun itu melahirkan pandangannya. 

"Kita berhadapan dua pemain dengan permainan yang berbeza, malah personaliti mereka juga berbeza . Ini situasi yang menarik buat dunia bola sepak kerana bagi saya, ia sangat luar biasa," ujarnya.
Pelbagai spekulasi timbul tentang siapakah yang lebih berhak menerima Ballon d'Or.  Laman informasi yang memberi statistik tentang bola sepak, Bleacherreport seperti memihak kepada Lionel Messi berdasarkan jumlah gol pada musim 2011-2012.  Dalam tempoh itu Messi berjaya menjaringkan 73 gol sementara Ronaldo meledakkan 60 gol.  

Pemerhati sukan, Gabriele Marcotti yang menulis untuk ESPN juga sukar membuat pemilihan malah mengingatkan yang penilaian tidak harus hanya bersandarkan angka statistik kedua-dua pemain hebat itu. Apatah lagi, setiap gol yang dijaringkan tidak boleh dianggap sama dengan mana-mana jaringan gol yang lain.  

Katanya ada banyak nilai lain pada pemain yang harus dipertimbangkan bagi menentukan siapa yang terbaik di antara kedua-duanya. Marcotti memberikan beberapa angka statistik dalam tempoh  1 Januari-10 Oktober 2012 berkaitan pelbagai model penilaian untuk kedua-dua pemain.  

Mari lihat jumlah perlawanan di kelab. Messi bermain dalam 45 perlawanan dan menjaringkan 56 gol keseluruhan.  Manakala Ronaldo menyumbat 48 gol dalam 43 perlawanan.  

Namun sudah tentu tidak semua gol boleh dikatakan sama nilainya. Ada yang dijaringkan dengan sukar, ada pula yang kebetulan mudah. Seperti apa yang dikatakan oleh Marcotti, daripada satu hat-trick dalam satu perlawanan, gol pertama mungkin adalah gol yang paling berharga.  Justeru, sebagai sebuah nilai untuk prestasi pemain, hanya satu gol yang layak dikira.

Jika model seperti itu menjadi ukuran, maka kedudukan Ronaldo mengatasi Messi, dengan skor 27:23. Bahkan khusus untuk La Liga, kedudukannya 20:17. Perbandingan ini menunjukkan bahawa Ronaldo lebih banyak melakukan hat-trick berbanding Messi. 

"Pastinya model ini boleh dipertikaikan," ujar Marcotti. 
Satu lagi kategori lain ialah dengan melihat nilai mereka  terhadap pasukan yang diwakili ketika menentang 10 kelab terbaik di La Liga.  Melalui model ini yang tetap melihat jumlah gol dijaringkan, kedudukan Ronaldo adalah lebih baik berbanding Messi, iaitu 18:12. 

Bagaimana pula dengan prestasi ketika menentang pasukan kuat dari liga negara lain, seperti Jerman, Inggeris dan Itali pada Liga Juara-Juara?  

Jika itu yang menjadi ukuran, Messi jelas mengatasi Ronaldo dengan lapan gol dalam empat perlawanan. Sementara Ronaldo pula tiga gol daripada tiga perlawanan.  

Bagi kedua-dua kelab tempat dua pemain itu bernaung iaitu Barcelona dan Real Madrid, boleh jadi perlawanan yang paling mencabar ialah El Clasico.  Daripada enam kali perlawanan sepanjang 2012 itu, Messi menyumbat 7 gol sementara Ronaldo 4 gol.  

Berdasarkan prestasi ketika membela negara masing-masing dalam perlawanan antarabangsa, Messi tetap mengatasi Ronaldo.  Daripada enam perlawanan, Messi meledakkan sembilan gol manakala Ronaldo hanya lima gol menerusi 11 perlawanan.  

Kecemerlangan Messi tidak terhenti di situ. Jika mengambil kira umpan kepada rakan sepasukan yang menghasilkan gol, Messi melakukannya sebanyak 10 kali sedangkan Ronaldo enam kali. 

Di sebalik kehebatan mereka, kedua-duanya memiliki personaliti yang bertentangan. Messi lebih merendah diri dan bersedia untuk berkongsi manakala Ronaldo pula sering menampakkan egonya ketika berada di padang. 

sumber