Langkah-langkah berikut akan diambil oleh sekretariat dan pasukan perubatan sukarelawan bagi memastikan bantuan perubatan sokongan yang memadai:
1. Satu ibupejabat markas perubatan akan dibuka di Padang Merbok. 4 markas perubatan sokongan akan turut dibuka di sekitar laluan di Kuala Lumpur ke arah Padang Merbok, iaitu di Dataran Merdeka, Masjid Negara, Kompleks Sogo dan Dataran Maybank.
2. Sebanyak 4 buah ambulan dan 5 motorsikal perubatan akan disediakan sekiranya ada keperluan untuk memindahkan pesakit terus ke hospital. Petugas bermotosikal akan memudahkan mereka bergegas ke kawasan yang memerlukan sokongan.
3. Keseluruhan kekuatan tenaga perubatan adalah sebanyak 55 orang termasuklah doktor, jururawat dan paramedik
4. Setiap markas perubatan akan dibekalkan dengan “automated external defibrillator” atau AED bagi operasi menyelamatkan nyawa (jika diperlukan) dan ubat-ubatan/kemudahan “drip” bagi tujuan “advanced life support” (ALS)
Orang ramai yang mempunyai apa-apa masalah perubatan dan memerlukan bantuan boleh menghantar SMS ke nombor 010 277 2072 dengan maklumat berikut:
1. Bentuk kesukaran dan kecemasan (berapa orang yang terlibat di dalam kecemasan)
2. Di mana kecemasan berlaku (pastikan lokasi yang tepat)
3. Siapa yang perlu dihubungi di tempat kecemasan dan nombor
Saya percaya segala perancangan telah dibuat untuk memastikan perhimpunan #black505 Padang Merbok berjalan dengan aman.
Dengan persediaan polis dan bantuan sukarelawan perubatan, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turun berkumpul bermula dari jam 12 tengahari esok. Sila bawa sekurang-kurangnya sapu tangan dan air mineral sebagai persiapan sekiranya masalah jerebu berpanjangan.
-selamat berdemo secara aman-