Pengikut

Ahad, 16 Februari 2014

MCA JANGAN JADI HAMBA UMNO...KEH!KEH!





Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa MCA supaya tidak menjadikan dirinya sebagai hamba Umno, tetapi sebaliknya harus berani bersuara untuk masyarakat Cina.

Beliau membuat gesaan itu di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kajang malam tadi, sebagai menjawab kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa Anwar yang menyebabkan 'Ops Lalang ' pada tahun 1987.

Anwar mengecam MCA dan presidennya kerana kurang keberanian untuk mengkritik kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan perdana menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terlibat dalam operasi itu.

"Siapa yang menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu? Mahathir. Siapa ketua Pemuda Umno ketika itu? Najib. Tetapi, adakah dia (Liow) berani menuduh mereka? Tidak, dia tak berani," katanya kepada 600 hadirin di majlis tersebut.

Seramai 106 ahli politik dan aktivis NGO ditangkap sepanjang tempoh pentadbiran Mahathir dan kemudiannya menandatangani perintah tahanan dua tahun terhadap lebih 40 orang.

Najib dilaporkan mengetuai perhimpunan Melayu besar-besaran di Kampung Baru untuk membantah demonstrasi yang diadakan sebelumnya oleh NGO pendidikan Cina dan parti politik yang dicetuskan oleh keputusan kerajaan untuk menghantar kakitangan yang tidak boleh berbahasa Cina ke sekolah-sekolah vernakular.

Semalam, Liow memberitahu masyarakat Cina Kajang bahawa Anwar yang menyebabkan berlakunya Operasi Lalang pada tahun 1987.

Ini, tegasnya, kerana Anwar telah mengerahkan guru-guru yang tidak faham Mandarin ke sekolah-sekolah Cina.


sumber: mkini


Sabtu, 15 Februari 2014

RAJA SARAWAK. APE MACAM?




Walaupun pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketua menteri Sarawak selama 33 tahun akan berakhir hujung bulan ini, namun pengaruh politiknya masih jauh daripada berakhir.

Jika Taib dilantik sebagai yang dipertua negeri, tiada had masa selama mana beliau boleh memegang jawatan itu - selagi tempoh penggal empat tahun - diperbaharui berulang kali oleh ketua menteri (KM) Sarawak, dengan restu Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kes ini, nampaknya pentingnya KM seorang yang disenangi Taib secara peribadi, dan pemilihan bekas adik iparnya, Adenan Satem, sebagai KM baru boleh menjamin Taib memegang jawatan yang dipertua negeri sepanjang hayat.

Tun Ahmad Zaidi Adruce menjadi yang dipertua negeri Sarawak kelima selama 15 tahun sehingga meninggal dunia pada 2001. Taib, yang kini beruaia 78 tahun mungkin mengikuti jejak langkahnya.