Pengikut

Rabu, 6 Januari 2010

PRK - DAP 17, PAS 20, PKR 22





Nak ulas isu Kalimah Allah teman tak pandai...bior le yang bijaksana saja yang buat ulasan.

Bagi menghadapi PRK, teman rasa elok kalau teman susun Dun mana yang patut PKR bertanding.

Sebabnye, PKR harus menjadi parti tunjung kepada PR di Perak walaupun YB Mohammad Nizar yang jadi chairman-nye sekarang ni.

Tak salah rasanye kalau teman susun, kalau tak boleh nak sedapkan hati orang, dapat sedapkan hati teman cukup dah tu !!!

PKR
1 Tualang Sekah
2 Tronoh
3 Canning
4 Pengkalan Baharu
5 Air Kuning
6 Sg Rapat
7 Bukit Chandan
8 Changkat Jering
9 Kamunting
10 Alor Pongsu
11 Kuala Kurau
12 Hutan Melintang
13 Selama
14 Pengkalan Hulu
15 Pasir Panjang
16 Kuala Sapetang
17 Manjoi
18 Jalong
19 Rungkup
20 Kota Tampan
21 Slim River
22 Chenderiang

PKR 22 , PAS 20 dan DAP 17 kerusi....

Perak Negeri Keadilan.....

ROSMAH TUNJUK "KEWANITAANNYA"





Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan mendapatkan bantuan isteri Presiden Mesir, Suzanne Mubarak, bagi membebaskan seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian konvoi Viva Paestina, yang ditahan pihak berkuasa negara itu, semalam.


"Saya dijadualkan bercakap dengan Madamme Suzanne menerusi telefon secara peribadi pada pukul 6 petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit pemindahan jantung Tan Geek Koon di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.



Rosmah berkata beliau akan berbicara dengan Suzanne "dari sudut kewanitaan, iaitu berkaitan kasih sayang terhadap anak-anak dan juga rasa kasih seorang ibu" walaupun sedar isu itu berkait rapat dengan isu diplomasi antarabangsa.



Rosmah berkata beliau akan berusaha dengan cara yang terbaik bagi mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah tersebut.



Rosmah berkata beliau tidak dapat menjanjikan apa-apa, tetapi diharapkan melalui percakapannya dengan Suzanne dapat membantu "jika ada mana-mana bahagian dalam isu terbabit yang boleh dibantu dan dirundingkan."



Rosmah, penaung Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) pada majlis hari ini telah menyampaikan sumbangan bernilai RM50,000 kepada Pengerusi Yayasan IJN Toh Puan Dr Aishah Ong.


NAJIB BOLEH TIDO LENA






hitam-hitam si tampuk manggis,
sungguh pun hitam ku pandang manis.......

hitam-hitam buah manggis

memang hitam ku pandang sinis......




SARJAN N Tharmendran dan K. Rajandran didakwa di Mahkamah Petaling Jaya atas tuduhan kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

PKR PERAK DAH READY KE.....?





sms daripada sahabat teman : Untuk makluman sdr, Zambry akan membubarkan DUN Perak sebelum Mahkamah umum keputusan....

Yang teman agak keliru sikit tentang sms ni, "sebelum Mahkamah umum keputusan".
Bila agaknya mahkamah nak umum keputusan....?
dan bile agaknya Zambry nak bubarkan Dun.....?
Tarikh tak ada...mungkin orang yang bagi sms dah ada tarikh kot? agak teman le....
Jadi biarkanlah "impian" itu.

Kalau ikut kata member teman, PKR Perak masih belum ada apa-apa perancangan untuk menghadapi PRK. Soal sapa calon, jauh sekali...bayang pun tak nampak lagi...

Cuma yang pasti 5 DUN dah ada calon.... Kuala Sapetang, Simpang Pulai, Teja, Kuala Kurau dan Hutan Melintang. 5 DUN ni InsyAllah boleh kekal menang, prestasi calon 85% .

Bertanding 20 DUN...lagi 15 Dun tak tau sapa....?

Bagaimana pulak bagi Dun Changkat Jering dan Behrang....? tak kan nak bior Osman n Jamal terus selesa disitu. Paling tidak pun bukak le Pusat Khidmat di kedua-dua DUN tu...jangan le bior je !

Daripada 15 DUN, dijangka 8 DUN ada potensi untuk menang...letak le calon bayangan supaya senang nak buat koje sikit. PRK dah dekat katanye, takkan terus-menerus "mengakar merimbun".

Tualang Sekah, Alor Pongsu teman rasa boleh menang, tapi bior le calon nye "berjenis sikit". Bukit Chandan bagi le pada anak tempatan pulak...dari dulu asyik calon import je...!!!

Bota susah dan payah, ada isu besor disitu, perlu calon baru dan lebih bertenaga.
Chenderiang kena calon yang setanding Dr Mah.

Hulu Kinta dan Pangkor jangan mimpi, Polis Hutan dan Navy undi pos, Lintang undi "orang asal" banyak membantu UMNO.

Bagi Pengkalan Hulu, Temenggor, Kota Tampan...teman tak yakin PKR boleh dapat, payah yop dengan UMNO Gerik n Lenggong ni, jiwa dah sebati dengan keris tak bersarung!!!

Batu Kurau ada harapan yang tinggi, sebabnye Adun situ orang dah menyampah sangat !!!
Sg Manik...? apa macam, ada ke harapan nak menang....????

Ini hanya pandangan teman yang kurang tepat dan kurang bijak, main agak-agak je, bukan Merdeka Center punya culaan dan bukan "rambut senget" punya ramalan.

Jadi kite tunggu je yang dikatakan tarikh keramat itu atau tarikh tersebut akan jadi "keramat" atau mungkin DUN bubar 2012.

Selasa, 5 Januari 2010

HARAPANKU MUSNAH KERANA 8 ORANG !!!!





Harapan Naib Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai dan para penyokongnya untuk melihat adanya pemilihan semula jawatan utama parti bagi berentap dengan puak Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat tidak kesampaian.

Sebabnya kekurangan 8 orang lagi Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu yang letak jawatan untuk membolehkannya diadakan.Sehingga hari ini hanya 13 sahaja ahli CC yang letak jawatan sedangkan ia memerlukan 21 orang.Semuanya terdapat seramai 31 orang ahli CC parti itu.

Timbalan Presiden Datuk Seri Chua Soi Lek memberitahu wartawan Selasa sekalipun pemilihan jawatan itu tidak dapat diadakan dalam masa terdekat ia boleh diadakan dimasa lain jika ahli CC yang letak jawatan mencukupi.

Rugilanimacam......kesian!

DIA SEORANG PELIWAT...








Mastura( gambar ) mendakwa Muhamad Mustafa yang juga AHLI JAWATANKUASA UMNO Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.


“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.



“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.



Muhamad Mustafa merupakan bekas suami kepada penyanyi Noraniza Idris..



ha ! ha !


dia seorang peliwat.....


ha ! ha !


liwat isteri....


ha ! ha !


berzina dengan 10 wanita....


ha ! ha !


1 Malaysia....

Tok Jip ada alasan lain ke...?



Isnin, 4 Januari 2010

BERI PELUANG KEPADA AMK....





Tak salah rasanye, kalau deme-deme ni diberi peluang dan ruang untuk Pilihanraya akan datang...
Deme-deme ni antara pemimpin pelapis yang banyak membantu PKR Perak selama ni, walaupun sumbangan yang diberikan amat sedikit, sekurang-kurangnye berilah kepercayaan kepada deme-deme ni, bagi mengantikan calon-calon yang "tersedia ada" sekarang ni.
Sampai bile AMK/Pemuda PKR Perak harus "ditenggelamkan".
Deme ni adalah antara yang punyai potensi yang tinggi untuk diketengahkan sebagai calon baru......



Sdr Emmiza Hasmi, Timbalan Ketua Cabang Kampar/ Pengarah Strategi AMK Perak
(bersalam)


Sdr Anuar Zakaria, Setiausaha MPN PKR Perak/ Timbalan Ketua Cabang Gopeng/Penolong Pengurus Perak FA /Mantan Ketua AMK Perak
(kacamata)


Sdr Romihadi, Ketua AMK Cabang Gopeng / Naib Ketua AMK PKR Perak


Sdr Muzaffar Shah, Ketua AMK Cabang Teluk Intan / Ketua Biro Sukan MPN PKR Perak/
Setiausaha Cabang Teluk Intan