Pengikut

Khamis, 12 Mei 2011

PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK BERJIWA RAKYAT

sikap segelintir pemimpin pembangkang yang tidak berjiwa rakyat akan menyukarkan perpaduan bangsa Melayu dan merugikan bangsa sendiri, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya beliau kecewa kerana ada pemimpin PAS mengeluarkan kata-kata kesat kononnya Umno dalam keadaan lemah dan sebab itulah ia bercakap mengenai perpaduan kedua-dua parti itu.


"Jika pemimpin PAS berjiwa rakyat, mereka tidak wajar mencerca Umno. Dalam berpolitikpun, bila sebut mengenai perpaduan, dalam hati kecil, kita mahu melihat ia berlaku (dan) masanya sudah tiba bagi orang Melayu memikirkan soal perpaduan ini," kata Mukhriz kepada Bernama di sini pada Khamis.


Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Anggota Parlimen Jerlun, sebelum itu menyampaikan komputer riba 1Malaysia kepada 2,814 dari 13 sekolah dalam kawasan Parlimen Jerlun.


"Kalau Hamas dan Fatah yang berbeza ideoloji boleh berdamai demi rakyat Palestin, ia seharusnya lebih mudah bagi Umno dan PAS," katanya.


Mukhriz memuji usaha beberapa individu termasuk mufti dan badan-badan bukan kerajaan yang menyokong usaha ke arah perpaduan bangsa Melayu.


"Saya ingin menyakinkan rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional supaya tidak merasa tergugat apabila Umno mencadangkan ia duduk semeja dengan PAS membincangkan soal perpaduan Melayu," katanya.


Mengenai DAP, Mukhriz berkata cara parti itu mendapatkan sokongan menerusi semangat perkauman akan merugikan negara dalam jangka panjang kerana ia menjejaskan hubungan antara kaum.


Mengenai usia Umno yang menjangkau 65 tahun semalam, beliau berkata parti itu sedang melakukan transformasi bagi memenuhi tuntutan rakyat.


"Umno tidak akan bergantung kepada kehebatan jasa-jasanya yang lepas sebaliknya mengutamakan masa depan negara dan rakyat kerana transformasi politik yang sedang berlaku adalah atas kehendak rakyat," katanya.


Mengenai pemberian komputer riba itu, Mukhriz berkata kerjaaan pusat akan membekalkan kepada 37,920 lagi pelajar miskin dari seluruh Kedah dengan komputer Netbook 1Malaysia.


Katanya program itu adalah usaha murni kerajaan pusat untuk merapatkan jurang akses maklumat antara penduduk luar bandar dan bandar bagi menjadikan rakyat berilmu.


"Walaupun harganya cuma RM1,000, anak-anak kita boleh menggunakannya bagi mendapat maklumat berguna dan menambah pengetahuan dan meningkatkan prestasi mereka," kata Mukhriz sambil menasihatkan ibu bapa supaya tidak menjual kemudahan yang diberikan itu.


Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhak merampasnya balik jika pelajar menyalahgunakannya.


Pengurus Operasi SKMM Wilayah Utara, Ismail Othman, berkata hampir semua sekolah yang dibekalkan dengan netbook berkenaan mendapat akses wifi sepenuhnya manakala pelajar yang menerimanya boleh melanggan pakej internet serendah RM25 sebulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan