Pengikut

Sabtu, 19 November 2011

UMNO MASIH TERCARI CALON SESUAI



Soal calon boleh menang sudah menjadi sebahagian daripada pertimbangan pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian menjelang perhimpunan agung Umno hujung bulan ini. 

Bagaimanapun mereka masih berbelah bahagi dengan cadangan pucuk kepimpinan mahu meletakkan orang luar sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13. 

Ada yang bersetuju dan ada pula yang membantah kerana ia melanggar tradisi parti meletakkan bukan ahli sebagai calon.

Mereka mengulas kemungkinan BN meletakkan calon luar seperti Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, Datuk Zulkifli Nordin di Kulim Bandar Bharu dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang rajin turun padang di kawasan parlimen mereka.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar berpendapat kalau mereka ini calon-calon yang boleh menang, kenapa tidak letakkan mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata “kita mahu BN menang, jadi kalau letak orang Umno, BN kalah, lebih baik letak orang luar kalau diyakini calon luar itu boleh menang.”

“Kita mahu menang. Tidak kira siapa jadi calon asalkan BN dapat majoriti dua pertiga,” katanya lagi.  analisa seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan