Pengikut

Jumaat, 31 Julai 2009

TIDAK SALAH RASANYA....DEMI HUBUNGAN DAP..PAS


Hj Mohammad b Sabu,orang yang terlalu lama dalam Dunia Politik..
Beliau mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang...
Pernah duduk sebilik semasa ditahan di dalam ISA sewaktu Operasi Lalang BN...
Tidak salah sekiranya Calon PAS di PRK Permatang Pasir
Haji Mohammad b Sabu.....

KAMI PUNYAI KEKUATAN SEPENUHNYA.......


YB DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO PULAU PINAG
MERANGKAP
MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA


Bayangkan..... berapa Batalion Angkatan Tentera akan di kerah ke Permatang Pasir.....?
UMNO Pulau Pinang bersedia menghadapi PRK dalam apa juga keadaan,
kerana UMNO punyai kekuatan dan jentera pilihanraya yang terbaik serta Parti Komponen BN sedia membantu dan berkhidmat.....( SPRM, Polis, SPR Dll)

MOGA SEMPURNA.....LIPAN BARA



KISAH TELAH BERAKHIR,
SEJUK BAK AIR GUNUNG
GEMENTAR TANGAN KU SENDIRI
TUBUHKU SENDIRI
CABANG JASAD BERLARI
MENCARI ARAH
TANPA,ARAHAN DARI MANA
HARUS KU IKUT

BERIKAN JALAN..JALAN..JALAN..
YANG SEMPURNA BAGIKU
HULURKAN TANGAN..TANGAN..TANGAN..
ANDAI ENGKAU SETUJU

BINA LAGI ISTANA YANG RUNTUH
DENGAN SISA YANG ADA
KAU MASIH SERAM DALAM HIDUPKU INI
BINAKAN SEMULA HINGGA
AKHIR HAYAT NANTI
BIAR BERDEBU MEMBALUT TUBUHKU

BERIKAN JALAN..JALAN..JALAN..
YANG SEMPURNA BAGIKU
HULURKAN TANGAN..TANGAN..TANGAN..
ANDAI ENGKAU SETUJU

HARAPANKU HANYA ADA SATU
TERLEKAT DALAM HATI
TEGUHNYA MENGIKAT SEMANGAT WAJA BESI
RUNTUH TAK JADI SOAL
SESAMA SENDIRI RASA
PENGALAMAN ITU ADALAH HIDUPKU

(nadia ewing/ann)

AL-FATIHAH...YB HJ HAMDAN TELAH KEMBALI


YB HJ HAMDAN B ABD RAHMAN,ADUN PERMATANG PASIR TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH.JEZANAH KINI MASIH BERADA DI IJN.
SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.....AMIN

Khamis, 30 Julai 2009

DUN Bubar...? MB Resah...?


Menteri Besar Terengganu akan membubarkan DUN Terengganu......?
MB Perak akan buat tindakan yang sama...........?
Bila......?
Tanya YB Hamidah Osman....beliau telah ada jawapannya.

Rabu, 29 Julai 2009

umno, bukan separuh tiang...nak tersembam


Kalau benarlah apa yang disampaikan...memang akan ada satu letupan kuat akan berlaku di Perak ni. Ini bukannya soal DUN hendak dibubarkan atau tidak,tapi lebih panas dari itu.

Daripada sumber tersebut, sekiranya benar berlaku bukan hanya UMNO telah merampas Negeri Perak daripada Pakatan Rakyat tetapi mungkin merampas Kerusi No 1 Negeri.Tapi terfikir juga, sanggupkah orang-orang UMNO ini boleh melakukannya sesama sendiri. Restu ke Bos-Bos UMNO di Pusat tu. Kalau rampas Negeri memang setuju tapi nak rampas Kerusi No 1 belum tentu dapat restu....kita dengar sahaja dulu,kemudian kalau ada rezeki bolehlah kita sama-sama tengok.
DIA MELOMPAT SEMAKIN TINGGI WEH...!!!!

****patut le taukeh lombong buat tak tau je...pasalnye dah ada tokey lombong lain dah mula berminat nak bagi jala*****

2 SAHABAT CUBA NAK MENJALA.....

Kesian juge teman dengornye pasal 2 orang sahabat baik ni....dengor citenye sampai nak "menjala" dah. Dulu katanye tak sempat nak menjala, sebabnye ada prinsip, batang pancing elok lagi. Ni batang pancing pun dah patah, kene "menjala" le pulak.
Nak" menjala" kali ni, susah banyak, sebabnye dalam" lombong" yang nak dijala macam-macam jenis ikan ada, sebut je ikan jenis apa, semua ada kat situ..ikan makan anak sendiri pun ada.
Teman dengor, katenye dulu berbagai jenis batang pancing deme dah bagi termasuk umpan-umpan sekali, tak kan cepat bebenor abisnye......ni dah minta jala pulak, tak boleh jadi nampaknye ni. Deme pun buat tak tau je le...lantak situ! ngamok tauke "lombong" tu..
Geram-geram, salah sorang sahabat ni, cuba-cuba le bertanye kot-kot boleh dapat "menjala", sebelum nak "menjala" reka le 2-3 cite kononnye nak bagi deme susah hati, libang- libu..... tau apa jawab deme....kamu tau tak yang" lombong" ni pun tunggu masa nak "bongkor", kamu pulak nak menjala kat sini..dah kamu duduk diam-diam. sliap-silap ke tanjung pun mau!
sekarang, 2 sahabat ni terpaksa le mengabiskan sisa-sisa hidup tanpa bertuan...
salah sendiri...sendiri cari susah...sendiri le tanggung.
(pakyop sg behrang)

UMNO + DAP bukan PAS...

Dalam keadaan MCA diambang kehancuran, mengapa UMNO tidak mahu menjalinkan hubungan perdamaian dengan DAP.....? Mengapa tidak mahu berbaik-baik dengan DAP...? Mengapa PAS sering menjadi sasaran UMNO..? Mengapa perdamaian itu semestinya dengan PAS, mengapa tidak dengan DAP..?
Dalam keadaan orang Bukan Melayu kini yakin terhadap DAP dan telah hilang keyakinan terhadap MCA dan Gerakan , sepatutnya UMNO(BN) boleh membawa DAP sebagai rakan Parti Komponen bagi mencerahkan peluang BN dalam PRU-13.
Jika mengikut kedudukan kerusi di Parlimen, UMNO-78 kerusi serta DAP 28 kerusi,
( 78+28=106 kerusi) bukankah boleh bekerjasama dan sama-sama membentuk 1MALAYSIA yang diilhamkan oleh PM DS Najib .
Kalau BN masih mengharapkan MCA atau Gerakan untuk mengembalikan suara dan hak orang Bukan Melayu terutamanya kaum Cina, maka DAP lah yang paling sesuai dimasa ini dan bukannya PAS. PAS masih dianggap parti yang berteraskan Melayu, UMNO kata orang Melayu kini telah sedar dan telah kembali kepada UMNO, maka apa perlunya PAS...! untuk mengukuhkan UMNO, bukankah UMNO telah kukuh.
Memang betul orang Melayu harus bersatu,tetapi tidak semestinya bersatu itu dengan UMNO.
Sejarah telah pun membuktikan kerjasama atau pakatan UMNO PAS tidak berjaya dan musnah begitu sahaja, sehinggakan PAS berpecah dan istihar keluar BN waktu itu.
Tetapi mahukah DAP bersama dengan UMNO, itu persoalannya.......?
"jangan mengajar itik berenang, kerana itik memang pandai berenang"

Selasa, 28 Julai 2009

YB MIDAH....@ SPRM....?


Tadi kawan teman menelefon bagitau yang YB Midah ditahan SPRM....(mana le mamat tu dapat maklumat) teman pun tanya le beberapa sumber rapat teman....iskkkk FITNAH! FITNAH!
Dah le Perak ni macam-macam cite panas, sejuk, suam....jangan le menambahkan sakit kepala orang Perak...cerita yang tak ada diadakan.....yang betoi kata betoi, yang tak betoi jangan kata betoi pulak....itu yang kekadang buat orang marah.
Lain kali cari maklumat yang sahih dulu,baru le cal teman...pak yop!
Minta maaf YB Dato Puan Hamidah bt Osman, EXCO Paling Kanan dalam Kerajaan Negeri Perak isteri kepada Encik Idris Kadir.(bekas pemain bolasepak Kebangsaan-Perak-N.Sembilan-Perak-Kg Batu 7)

Isnin, 27 Julai 2009

PAS TAKSUB DENGAN TOK GURU...?


Dato Razali Ibrahim( Naib Ketua Pemuda UMNO) mengatakan, pengikut PAS terlalu taksub dengan YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ini kerana kegagalan Kerajaan Perpaduan gagal disebabkan keengganan YAB TGNA menyetujui pandangan Presiden PAS.
Taksub ..Taksub..dibawah ini apa cite....bukan Taksub ke namanye.....

UMNO TERDESAK...BN TIDAK...J'o'J KEPANASAN


DARIPADA SUMBER TERTENTU, UMNO PERAK KINI TERDESAK BAGI MENGEKALKAN KERAJAAN YANG ADA DI PERAK. ADA PIHAK YANG TELAH MULA MENCARI "ORANG TERTENTU " BAGI MENJALANKAN RUNDINGAN DENGAN PAS PERAK UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN BERSAMA...KERAJAAN CAMPURAN, KERAJAAN PERPADUAN.
INI BERIKUTAN PERMAINAN "GILA BABI" DAN "DOUBLE SIDE TAPE" YANG DIMAINKAN OLEH "J'o'J" SEJAK SEMINGGU YANG LALU. MEREKA KINI( sebelum ini teman dah berjanji tidak akan menulis pasal deme,tapi hari ni terpaksa) LEBIH MEMBUATKAN UMNO JADI "GILA BABI" SEBABNYA IA AKAN MENYEBABKAN MB SENDIRI BERTUKAR TANGAN, ADA YANG MENGATAKAN ,GROUP MANA YANG TAWAR HARGA YANG TINGGI DIALAH YANG JADI MB PERAK( maklumat ini tak dapat disahkan) ....HA!HA! BEREBUT SESAMA MEREKA PULAK DAH.

J'o'J kini macam cacing kepanasan dan memang dah hilang akal.

JANGAN PERCAYA DEME NAK LETAK JAWATAN SEBAGAI ADUN...PERCAYALAH INI MAINAN "GILA BABI" DAN DOUBLE SIDE TAPE"

3 ABDUL....TING,TING, 1 DARHAM, 2 DARHAM,3 DARHAM



BENAR KATA MAMAMAT

Sekiranya DUN Perak dibubarkan, adakah Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat telah bersedia..?
Teman lebih berminat menyentuh Jentera PKR buat masa ini. ( DAP/PAS, posting akan datang)

Pandangan peribadi teman, sekiranya DUN Bubar, percayalah PKR akan lebih membuang masa mencari Jentera Pilihanrayanya sendiri. Tanyalah Ketua Cabang, mana Jentera Pilihanraya? Yang ada senarai nama, orangnya entah kemana .Jangan hanya mengharapkan pengundi untuk mengundi PKR. PKR bukan DAP..DAP lain, ahli tak seberapa tapi sokongan, semua tahu.

Teman ada dapat maklumat, dalam bengkel Jentera Pilihanraya yang diadakan di Ipoh baru-baru ini, berapa ramai yang datang..? ada Ketua Cabang mengaku jentera beliau ada dan kuat, tapi yang datang...? dan dengor katanye, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri hilang sabo pada hari tersebut. Jangan mimpi nak menang kalau hanya bercakap saje dan penuh dengan dokumentasi saje.
Yang lebih mengejutkan, Cabang Pengarah Pilihanraya Negeri sendiri ( Cabang Bukit Gantang) ada 2 DUN ( Kuala Sapetang dan Changkat Jering) yang hadir 4 orang daripada 10, pelik...Ketua Cabang kesana-kesini bagi taklimat...DUN jagaan sendiri..hancurrr!!!! ( jangan salahkan Ketua Cabang)
Cabang Sungai Manik( Naib Presiden) hantar 2 wakil daripada 10, itu pun masih bercita-cita nak bertanding lagi di DUN Sg Manik...hancurrr!!!

PKR akan bertanding 20 DUN, daripada 20 DUN berapa boleh menang...? Ketua-Ketua Cabang sekarang lebih ghairah nak jadi Calon saje, bila tanya ,kali ni letak sapa pun menang....yakin nye!
Teman angkat tangan tanda "respect" Ketua Cabang Gerik, memang telah siap sedia 80% nak tawan Pengkalan Hulu dan Temenggor.
apa yang mamamat kata adalah benar....akuilah !!
cukup setakat ini dulu, nanti ada yang marah.

Ahad, 26 Julai 2009

TERKINI..UDAH LE TU!!!

Jam 4.00 petang tadi,teman dapat maklumat yang Kapt Osman sudah pun jadi ADUN UMNO Changkat Jering...maknanya, sah le tiada apa-apa yang akan berlaku samada DUN Bubar atau kosongkan DUN Changkat Jering dan DUN Behrang. Jadi, jangan le rakyat Perak mengharapkan apa yang kite harapkan....udah le tu. Cuma sebelum ni,teman ada postingkan yang DUN akan bubar...(mungkin maklumat itu teman dapat hanya untuk gemporkan UMNO sje )
Manakala ADUN Behrang pulak, tunggu masa saje nak istihar masuk UMNO dalam satu program yang akan diadakan di Tg Malim.
Teman setuju apa yang MSK n M3M postingkan dalam blog deme,
"gila babi" n "double side tape".


Inilah politik...kawan boleh bunuh kawan,musuh boleh jadi kawan...tapi janganlah membele (berkawan) dengan katak...makan tak boleh,pegang geli, silap-silap kene kencing...mata jadi bute..!!
Dah le tu.....bak kate M3M...jangan jadikan mereka ini sejarah dan teman tak akan tulis lagi pasal deme buat selama-lamanya...........
Oleh kerana ini kali terakhir teman sentuh pasal deme, teman nak postingkan sms deme.

INI SMS YANG KAWAN TEMAN TUNJUKKAN YANG DIA DAPAT SEBENTAR TADI ....

" dalam keadaan sekarang kami tersepit(waktu itu), jika kami tidak jadi Bebas, PKR dah antor surat perletakkan jawatan sebagai ADUN, maka apa pilihan kami waktu itu. Saya tidak sangka kawan-kawan dalam PKR sanggup buat saya macam ni,pada hal tiada niat pun untuk jadi Bebas menyokong UMNO.Walaupun YB Nizar call saya berkali-kali saya tidak jawab,tidak bermakna saya akan bersama UMNO waktu itu...." dan sepanjang kehilangan kami, kami ada maklumkan pergerakkan kami waktu itu setiap jam pada "orang itu", dan mengapa "orang itu" tidak jelaskan kepada pimpinan PKR apa tujuan kami..mengapa mengarahkan seseorang untuk mencari surat perletakkan jawatan yang kami tandatangani sewaktu tubuhnya Kerajaan PR. " saya tidak salahkan" orang itu" dan sayalah yang bersalah kerana amat mempercayai "orang itu".
( itulah sms yang ditunjukkan dan teman anggap ini cite lame dan dah busuk pun)

Pada teman itu sekadar penyedap cerita dan skrip yang memang dah siap ditulis.
JADI.....UDAH LE TU!!!!!

***** teman delete semuanye posting pasal deme.****
(geram + benci)




PERGINYA SEORANG PENGARAH...


foto malaysiakini

Pengarah hebat,Yasmin Ahmad telah menghembuskan nafas yang terakhir pada
11.25 pm di Hospital Pakar Damansara,menurut laporan Malaysiakini.Berita kematian beliau,diumumkan dalam Berita Tengah Malam TV3.

Rabu, 22 Julai 2009

HAKIM INTEGRITI,BEBAS DAN BERPOLITIK....

Selagi Kerajaan dan mana-mana pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang dan dilaksanakan secara telus dan terbuka, tidak ada Mahkamah yang boleh menyalahkan Kerajaan. Melainkan terdapat kalangan HAKIM yang hilang INTEGRITI atau memilih untuk BERPOLITIK atau SIMPATI dengan mana-mana kumpulan atau pemikiran politik.
Kesetiaan HAKIM adalah terletak kepada KEADILAN yang bersandarkan kepada undang-undang. Oleh itu,mengingatkan bahawa peranan keHAKIMan yang profesional,berintegriti dan BEBAS daripada pengaruh mana-mana pihak, perlu dipertahankan. Baginda Sultan Perak bertitah.

"Jelaslah apa yang dititah oleh Sultan Perak,supaya HAKIM lebih telus,adil dalam membuat apa jua keputusan tanpa dipulas tangan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan...."

Isnin, 20 Julai 2009

TAKZIAH.....m3m (pn asmah)

GENG PERAKKUME MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA PN ASMAH SEKELUARGA( M3M) ATAS PEMERGIAN BONDANYA KE RAHMAHTULLAH....SEMOGA ROH BONDANYA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN.......Amin

Ahad, 19 Julai 2009

1 MIC, 2 PPP dijangka bersama PKR


Selepas Datuk Chua Jui Meng (Bekas Menteri Kesihatan), Dr Yap ( Bekas MP Lumut) serta David Yeoh ( Bekas Senator) mengumumkan menyertai PKR, kini ada desas desus mengatakan seorang Pimpinan MIC serta dua orang kuat PPP akan turut sama menyertai PKR.
Menurut katanya, segala persetujuan telah dicapai cuma menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan.

Jumaat, 17 Julai 2009

TOLONG DAHULUKAN RAKYAT..WOOOI!!! BN


Mulai 1 OGOS 2009 jam 12.01 pagi, tambang Bas Sekolah, Bas Express dan Teksi dinaikkan antara 2 sen hingga RM1 bagi setiap KM.
Katanya Menterinya,kenaikkan ini amat berpatutan kerana pengguna juga telah sentiasa bersedia dengan kadar baru ini.Katanya lagi,kadar baru ini diputuskan kerana berdasarkan permintaan industri dan kemampuan orang ramai.( Petikan Ahbar)

Dalam keadaan ramai pekerja industri yang hilang pekerjaan,terutamanya di bandar-bandar besar,yang punyai anak-anak yang masih bersekolah, kini dibebankan dengan kenaikkan tambang bas sekolah.Sudahlah harga barang tidak mampu lagi dikawal...beban rakyat ditambah setiap jam,hari bulan,tahun oleh Kerajaan yang" dahulukan rakyat" ini.
Percayalah,selepas ini akan ada lagi yang akan diumumkan oleh Kerajaan BN bagi terus membebankan Rakyat 1 Malaysia ini.........


1MALAYSIA,
RAKYAT DIHALAU....
RASUAH DIUTAMAKAN
..!!!!!!!!

Khamis, 16 Julai 2009

SPRM PALING CEKAP MENCARI BUKTI.

RASUAH YANG BENAR -BENAR BERLAKU, SPRM KATA TAK ADA BUKTI...KAT MANIK URAI BUKANKAH DAH TERANG DAN NYATA ADA RASUAH...SEMUANYA RASUAH...JANJI RASUAH!
SPRM LEBIH CEKAP MENCARI BUKTI JIKA RASUAH MELIBATKAN PAKATAN RAKYAT...BAGUIH BETUL SPRM.
KINI ADA KEJE BARU PULAK KE SPRM.............?

Rabu, 15 Julai 2009

khir toyo digantung


Ketua Pembangkang DUN Selongor di gantung selama 1 tahun serta 4 DUN BN digantung selama 6 bulan...elaun turut di potong.

PAS MENANG...APA PUN TETAP MENANG


CALON PAS MOHD FAUZI B ABDULLAH DIUMUMKAN SEBAGAI WAKIL RAKYAT N.41 MANIK URAI . DENGAN KEMENANGAN MIJORITI 65 UNDI,BERBAGAI KESIMPULAN BOLEH DIBUAT...MACAM CERITA AKAN DITIMBULKAN OLEH UBN.
MACAM-MACAM ALASAN AKAN DIBERIKAN HANYA UNTUK MEMUASKAN HATI MEREKA YANG KINI SERING DIRUNDUNG MALANG.

KITA HARUS INGAT...MUNGKIN BEBERAPA STRATEGI JAHAT UBN DALAM PRK INI DAPAT DILAKSANAKAN SECARA YANG TIDAK DAPAT DILIHAT SECARA JELAS.
MUNGKIN INI SATU EXPERIMENT.....DENGAN JUMLAH KELUAR MENGUNDI HAMPIR 90% , MENGAPA MIJORITI HANYA 65 UNDI SAJA.........?
APA PUN TANIAH KEPADA CALON PAS

Isnin, 13 Julai 2009

KAMI MASIH SETIA...JANGAN BIMBANG


YB SDR TAI SING NG, ADUN KULA SAPETANG( baju putih ) dan
YB SDR CHAN MEI KAI,ADUN SIMPANG PULAI.


YB SDR CAHANG LIH KANG, ADUN TEJA

YB SDR S. KASEVAN, ADUN HUTAN MELINTANG

YB SDR ABDUL YUNUS, ADUN KULA KURAU

Kami masih lagi setia bersama PKR, walaupun kabar angin mengatakan kami akan bersama UBN, itu hanya berita yang sengaja di hebahkan. Kelima-lima ADUN menafikan yang mereka akan turut menjadi ADUN Bebas...

Isnin, 6 Julai 2009

TANYA HATI MASING-MASING.....


Jangan sesekali mempercayai sekiranya, selepas ini mereka mengatakan sudah bosan dengan UBN....
Jangan sesekali mempercayai sekiranya, selepas ini mereka mengatakan sudah benci dengan UBN......
Jangan sesekali mempercayai sekiranya, selepas ini mereka mengatakan sudah insaf.
Jangan sesekali mempercayai sekiranya, selepas ini mereka mengatakan ingin kembali kepada Pakatan Rakyat......
kerana sebenarnya mereka ini adalah..................(spt gambar diatas)

SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI MEREKA INI.......KEARAH KEBAIKAN.

Sabtu, 4 Julai 2009

PAKAT JANGAN TAK PAKAT.

Pakatan Rakyat ini perlu ada pengukuhan yang sebenar. Pakatan dalam erti kata yang sebenar.Pakatan dalam membuat semua keputusan.Pakatan diperingkat Pimpinan juga haruslah kukuh dalam erti kata yang sebenar. Janganlah benarkan UBN mengambil kesempatan untuk mereka terus menipu rakyat.
Bagaimana pula pakatan di peringat Cabang,Kawasan dengan DAP...?Pakatkah DAP dengan PAS Kawasan,Pakatkah PAS dengan PKR Cabang......Mungkin ada beberapa kawasan yang benar-benar berpakat. Eloklah tu, teruskan Pakatan itu sehingga Bubarnya DUN nanti.

Khamis, 2 Julai 2009

BEKAS MP BN AKAN SERTAI PKR.....?

KATANYA SEORANG BEKAS MP BN AKAN SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT.BELIAU JUGA SEBELUM INI MERUPAKAN NAIB PRESIDEN PARTI KOMPONEN TELAH PUN BERSETUJU UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN PERJUANGAN MEMBELA NASIB RAKYAT YANG DIBAWA OLEH DSAI.
TAHIAH KERANA BERANI BERSAMA KAMI.......
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH......

NAMPAK SANGAT DIA NI GILA KUASA....


Dr Zamri menasihatkan YAB Presiden PAFA supaya melepaskan jawatan Presiden PAFA dengan segera bagi mengembalikan kemajuan bola sepak Negeri katanya.
Yang peliknya,dalam kata DUN nak bubar,Nizar pula yang dipaksa lepaskan jawatannya.
Dah Negeri kamu rampas,ni PAFA pulak kamu nak rampas....Tunggu le sampai DUN bubar ypo..!!!

Rabu, 1 Julai 2009

DAP mahu Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tumbang.....?


gambar: malaysiakini

Pengerusi DAP Kedah/Perlis telah membuat keputusan DAP keluar dari Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Pengumuman dibuat pada jam 5.00 petang tadi.Ibupejabat DAP Pusat dijangka akan bermesyuarat pada esok pagi.

Dalam keadaan yang begini, janganlah membuat sebarang keputusan yang akan membuatkan rakyat muak dan getek dengan tindakan yang terburu-buru.Beliau juga merupakan EXCO Pakatan Rakyat Perak( ADUN Pasir Pinji) sebelum ini, menyaksikan bagaimana Kerajaan PR Perak dirampas.Jangan jadikan Kedah sebagai negeri yang kedua pula dirampas.

Kerajaan PR Kedah kini( PAS/PKR) masih lagi mempunyai kelebihan 6 kerusi DUN.
Apakah dengan keputusanDAP ini Kerajaan PR Kedah tidak stabil.MB Kedah harus membuat sesuatu bagi menenangkan keadaan.

Dalam pada itu,terdapat desas-desus akan berlaku PRK di Kedah.Sejauh mana perkembangan tentang isu ini masih lagi samar.