Sekiranya DUN Perak dibubarkan, adakah Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat telah bersedia..?
Teman lebih berminat menyentuh Jentera PKR buat masa ini. ( DAP/PAS, posting akan datang)
Pandangan peribadi teman, sekiranya DUN Bubar, percayalah PKR akan lebih membuang masa mencari Jentera Pilihanrayanya sendiri. Tanyalah Ketua Cabang, mana Jentera Pilihanraya? Yang ada senarai nama, orangnya entah kemana .Jangan hanya mengharapkan pengundi untuk mengundi PKR. PKR bukan DAP..DAP lain, ahli tak seberapa tapi sokongan, semua tahu.
Teman ada dapat maklumat, dalam bengkel Jentera Pilihanraya yang diadakan di Ipoh baru-baru ini, berapa ramai yang datang..? ada Ketua Cabang mengaku jentera beliau ada dan kuat, tapi yang datang...? dan dengor katanye, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri hilang sabo pada hari tersebut. Jangan mimpi nak menang kalau hanya bercakap saje dan penuh dengan dokumentasi saje.
Yang lebih mengejutkan, Cabang Pengarah Pilihanraya Negeri sendiri ( Cabang Bukit Gantang) ada 2 DUN ( Kuala Sapetang dan Changkat Jering) yang hadir 4 orang daripada 10, pelik...Ketua Cabang kesana-kesini bagi taklimat...DUN jagaan sendiri..hancurrr!!!! ( jangan salahkan Ketua Cabang)
Cabang Sungai Manik( Naib Presiden) hantar 2 wakil daripada 10, itu pun masih bercita-cita nak bertanding lagi di DUN Sg Manik...hancurrr!!!
PKR akan bertanding 20 DUN, daripada 20 DUN berapa boleh menang...? Ketua-Ketua Cabang sekarang lebih ghairah nak jadi Calon saje, bila tanya ,kali ni letak sapa pun menang....yakin nye!
Teman angkat tangan tanda "respect" Ketua Cabang Gerik, memang telah siap sedia 80% nak tawan Pengkalan Hulu dan Temenggor.
apa yang mamamat kata adalah benar....akuilah !!
cukup setakat ini dulu, nanti ada yang marah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan