Dalam keadaan MCA diambang kehancuran, mengapa UMNO tidak mahu menjalinkan hubungan perdamaian dengan DAP.....? Mengapa tidak mahu berbaik-baik dengan DAP...? Mengapa PAS sering menjadi sasaran UMNO..? Mengapa perdamaian itu semestinya dengan PAS, mengapa tidak dengan DAP..?
Dalam keadaan orang Bukan Melayu kini yakin terhadap DAP dan telah hilang keyakinan terhadap MCA dan Gerakan , sepatutnya UMNO(BN) boleh membawa DAP sebagai rakan Parti Komponen bagi mencerahkan peluang BN dalam PRU-13.
Jika mengikut kedudukan kerusi di Parlimen, UMNO-78 kerusi serta DAP 28 kerusi,
( 78+28=106 kerusi) bukankah boleh bekerjasama dan sama-sama membentuk 1MALAYSIA yang diilhamkan oleh PM DS Najib .
Kalau BN masih mengharapkan MCA atau Gerakan untuk mengembalikan suara dan hak orang Bukan Melayu terutamanya kaum Cina, maka DAP lah yang paling sesuai dimasa ini dan bukannya PAS. PAS masih dianggap parti yang berteraskan Melayu, UMNO kata orang Melayu kini telah sedar dan telah kembali kepada UMNO, maka apa perlunya PAS...! untuk mengukuhkan UMNO, bukankah UMNO telah kukuh.
Memang betul orang Melayu harus bersatu,tetapi tidak semestinya bersatu itu dengan UMNO.
Sejarah telah pun membuktikan kerjasama atau pakatan UMNO PAS tidak berjaya dan musnah begitu sahaja, sehinggakan PAS berpecah dan istihar keluar BN waktu itu.
Tetapi mahukah DAP bersama dengan UMNO, itu persoalannya.......?
"jangan mengajar itik berenang, kerana itik memang pandai berenang"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan