Pengikut

Isnin, 24 Ogos 2009

KEDAH + SELANGOR = PERAK

Memang benarlah apa yang diperkatakan dulu, ada beberapa ADUN Kedah dah mula nak jadi pengkhinat. Setelah ADUN Lunas dengan bangganya mengatakan beliau kini "bebas" maka perancangan untuk menjadi Kedah seperti Perak semakin hampir berlaku. Kini dikatakan 2 ADUN dari PKR telah pun memulakan tarian mereka dengan UMNO. ( 2+1)
Daripada cakap-cakap kenkawan kalau dibiarkan maka 2-3 hari lagi hara huru le Kedah. Akan ada Sidang DUN dibawah pokok le pulak di Kedah atau di tengah-tengah sawah padi.
UBN Kedah cuba memerlukan 5 jadi 'Bebas ". Agak mustahil tapi boleh jadi tidak mustahil, maklum le UMNO..?

Menteri Besar Kedah harus mengambil langkah yang cukup bijak atau lebih senang, bubarkan saja DUN Kedah. Beri balik mandat kepada Rakyat Kedah. Jangan buat rakyat terseksa jiwa dan raga macam Negeri teman, Negeri Perak. Letih Yop!!!
Tengok macam mana di Kedah : BN 14 BEBAS 1 PR 21 (sekarang)
atau BN 14 BEBAS 5 PR 17 ( mungkin akan datang)

kabar angin nye sekarang, entah betul ke tidak...YAB MB Kedah akan ke Istana esok.
Mungkin untuk memaklumkan tentang kedudukan ADUN Lunas yang telah jadi bebas.
Dan mungkin juga Mengadap bagi "membubarkan DUN"

Di Selangor, Dato Hassan sekarang boleh dikatakan telah persiapkan diri bagi "Angkat Sumpah" sebagai MB Selangor yang baru. Kouta dah cukup, tunggu masa je lagi.
Tapi harus diingat, MB TS Khalid juga telah mengatakan bahawa DUN akan dibubarkan sekiranya 1 ADUN istihar keluar dari mana Parti di Negeri itu.
panas...panas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan