Pengikut

Jumaat, 28 Ogos 2009

UMNO...berbisiklah kamu sesama sendiri.

Hidup ini bukannye lama, 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun atau 100 tahun..?Mana ada kuasa di Bumi Allah ni, kuasanya akan bertahan selama-lamanya melainkan Kuasa Dia..kuasa yang ada pada kamu... (UMNO) dan nak" ruyup". Jadi...



Jadi-jadi le menyusahkan rakyat wahai UMNO. Janganlah menyusahkan rakyat dengan sikap ego, sombong, bongkak, takbur yang UMNO hayati selama 52 tahun ini. Kalau nak sangat rakyat menyokong kamu, ubahlah gaya dan cara pemerintah kamu. Jangan hanya lebih mementingkan diri, isteri-isteri kamu, anak beranak kamu, ipar duai kamu. Rakyat dibawah ni tengah susah, kamu tau tak.....? ada sampai tahap tak makan pun ada,kamu tau tak....?


Bulan Ramadhan, menjelang AidilFitri ni, apa yang kamu gula-gulakan orang kampung, beras sekampit 5 kilo, gula sekilo, susu 5 tin cap teko, kain batik- pelekat 2 pasang sorang dan duit raya RM 50 inggit...berapa hari boleh tahan...? 1 tahun, 2 tahun atau 10 tahun..?
Rakyat dibawah bukan nye "bulur" sangat benda-benda kamu..tapi apakan daya.
Letih...letih! tengok lakonan kamu setiap tahun..tak ubah-ubah.

Bagi le sedikit keselesaan pada rakyat, rakyat ni rakyat kamu, rakyat yang menjulang kamu sehingga kamu lupa diri..Jangan macam tu...tak baik.
Ingatlah pada yang benar-benar Maha Kuasa...berapa lama kamu boleh berkuasa, dan setakat mana kuasa kamu?
Jangan laga-lagakan rakyat dibawah, rakyat ni cukup taat dengan pemimpin-pemimpin kamu.
Kesiankanlah rakyat..tolonglah!

Memang kamu ada tolong rakyat, tapi rakyat yang mana yang kamu tolong?
Kesiankanlah rakyat...tolonglah.
Rakyat dibawah ini, bukan hanya ahli UMNO, tapi ada yang ahli PKR, DAP, PAS, MCA, MIC, PPP, KIMMA dan yang tak berparti pun banyak...deme semua ini, rakyat kamu..kamu tau tak?UMNO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan