Pengikut

Sabtu, 27 Jun 2009

MEREKA AKAN JAHANAMKAN DSAI KALI INI


Dalam kes liwat 1998, DS Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2000 selama 9 tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pemandu beliau. Sampaikan tilam,bangunan yang tidak siap, terpaksa dipinda beberapa tarikh baru bagi "membuktikan"juga yang DS Anwar bersalah.
Kini, dalam beberapa hari lagi, kes kedua beliau akan memulakan perbicaraannya. Jika disabitkan kesalahan Kanun Keseksaan 377C beliau tidak boleh dijamin serta boleh dipenjara tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
Katanya, bukti kali ini siap dengan video dari CCTV yang dikatakan beliau masuk bersama Saiful kesebuah kondo di Damansara.
Dalam laporan perubatan,mengesahkan dudur Saiful tidak pernah disusuk apa-apa objek yang keras. Kata mudahnya, tiada tanda-tanda beliau diliwat secara paksa atau suka rela.
Tapi puak-puak ni bukannya peduli, benda yang tak ada boleh diadakan, janji boleh sumbat
DS Anwar ke penjara Sg Buloh sekali lagi.Kalau tidak PRU 13 , ada atau tidak BN/UMNO dibumi Malaysia ini....?
MARI KITA BERAMAI-RAMAI KE MAHKAMAH JALAN DUTA PADA 08.07.2009 UNTUK MEMBANTAH KES YANG DICIPTA UNTUK MENJAHANAMKAN PEMIMPIN RAKYAT INI.

1 ulasan:

  1. Salam

    PDRM memang hebat dalam melaksanakan tugas mereka, mereka boleh mengadakan bukti dan menghilangkan bukti

    BalasPadam