Pengikut

Selasa, 1 Februari 2011

NAJIB DENGARLAH NASIHAT ERDOGAN

Perdana Menteri Turki pada Selasa merayu Presiden Mesir, Hosni Mubarak supaya mendengar kehendak rakyatnya yang menuntut perubahan demokrasi.
 
Recep Tayyip Erdogan, figura popular di dunia Arab dan Islam berkata, Hosni sepatutnya bertindak segera bagi mengelakkan puak-puak tertentu yang akan mengambil kesempatan ke atas krisis ini yang bakal merosakkan Mesir.

Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan pihak-pihak yang dimaksudkannya.
 
"Saya hanya ada nasihat dan amaran yang ikhlas... tolong dengar kehendak rakyat. Lakukan perubahan segera tanpa ragu-ragu," katanya.

Beliau berucap dan pada masa yang sama jutaan rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah bagi menuntut Hosni, 82, berundur selepas hampir 30 tahun berkuasa.

Erdogan membuat seruan berkenaan ekoran beliau merupakan pemimpin yang disegani di kalangan dunia Arab dan Islam kerana kelantangannya mengkritik rejim Yahudi.

"Tidak ada kuasa yang akan kekal walaupun rakyat," katanya semasa berucap pada perhimpunan mingguan di Parlimen.

Dalam pada itu, Erdogan mengajak kumpulan anti-kerajaan supaya tidak membuat kekacauan dan keganasan selain memelihara kawasan-kawasan tapak warisan. -

2 ulasan:

  1. AKU SOKONG. RAKYAT NAMPAKNYA NAK NAJIB TERUSKAN PEMERINTAHAN.

    BUKTI TERKINI IALAH DI TENANG. DENGAR PULAK NASIHAT AKU, BUBARKAN PAS. RAKYAT DAH MENYAMPAH.

    BUKTI TERKINI DI TENANG.

    BalasPadam
  2. terjun la ko luncai ngan labu2nya..ahak

    BalasPadam