Pengikut

Jumaat, 8 Mac 2013

ANTARA ESKAY-RAHIM CHIK-SHUIB SAPE YANG AKAN TAUBAT DULU?

 
 Sape yang tak kenai deme bertiga? Sape yang tak tau pasai deme bertiga? 
Mungkin salah sorang akan goyang. Tau kapal chop daging akan karam bile-bile masa.
Ape yang berlaku pagi tadi mungkin akan membuatkan salah sorang daripada bertiga resah dan gelisah. Mungkin ade rasa nak bertaubat. Insaf. Mungkin
Dalam dunia politik macam-macam boleh jadi. Sape sangka Nasa boleh lembut hati dengan umno?
Sape sangka bekas-bekas boss askar boleh masuk PKR-PAS untuk bersama dengan rakyat. 
Pakatan Harapan Rakyat 
 
 
KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang. 

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim. 

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan selepas solat Jumaat tadi. 

Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat. 

Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai. 

Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan