Pengikut

Selasa, 19 Mac 2013

MASYARAKAT CINA TETAP MENGUNDI BN?

 
Gambo masyarakat cina sedang mendengor kuliah YAB TG Nik Abdul Aziz


Penganalisis politik membayangkan pengundi Cina tidak akan mempertaruhkan keselamatan negara dengan memberi kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Putrajaya rentetan insiden pencerobohan militan bersenjata Sulu di Sabah.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Ahmad Atory Hussain berkata, rata-rata masyarakat Cina di negara ini mengutamakan aspek keselamatan di mana kerajaan Barisan Nasional (BN) setakat ini telah membuktikan keberkesanan menumpaskan pengganas.

Berbanding Pakatan Rakyat kata Ahmad Atory, setakat ini belum ada inisiatif pemimpin pakatan pembangkang untuk mempamirkan idea-idea mengekang sebarang unsur negatif masuk ke dalam negara ini.

Justeru katanya, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai platform untuk BN menarik semula sokongan masyarakat itu yang dilihat condong ke arah parti pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu.

"Dia (pengundi Cina) sedang tunggu dan lihat dan dalam keadaan sekarang ini, BN dalam keadaan ke arah mendapat sokongan Cina.

"Sekarang ini orang Cina mahukan keselamatan diutamakan, dalam keadaan ini dan sebagainya ini memberikan peluang kepada BN untuk menarik balik mereka ini supaya menyokong BN umumnya.

"Pada saya bukan semua orang Cina akan pergi kepada DAP PRU13 kali ini," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Ahmad Atory kemudian menyifatkan sokongan pengundi Cina telah mula kembali kepada BN melalui hasil transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdasarkan kredibilitinya berbanding pemimpin pembangkang yang sering terpalit dengan kontroversi dan masalah moral.

Pendekatan menyelami masalah rakyat dan mengutamakan keberkesanan pentadbiran negara dikenalpasti sebagai faktor yang berjaya mencuri sokongan pengundi Cina daripada Pakatan, kata beliau.

"Kalau Datuk Seri Najib tidak membuat transformasi, saya rasa pengundi Cina ini tidak akan berubah macam 2008, tetapi oleh kerana kepimpinan Datuk Seri Najib ini banyak memberikan manfaat kepada rakyat dari segi ekonomi dan sebagainya, peluang pendidikan, ekonomi.

"Jadi pengundi Cina nampak benda-benda ini," katanya lagi.

Pengundi Cina mula sisih diri dari Pakatan

Justeru ujar beliau adalah tidak mengejutkan sekiranya PRU13 akan mengubah semula landskap pengundi Cina yang mahu kembali ke BN tambahan berlaku banyak perbalahan di dalam Pakatan yang mencerminkan gabungan PKR-PAS-DAP tidak sehaluan dalam banyak aspek.

"PRU13 ini saya ingat DAP hendak mengekalkan kedudukan mereka sekarang ini agak sukar, sebab sekarang ini DAP pun sudah bertelagah banyak dengan PKR dalam isu calon, PAS pun saya difahamkan daripada 60 kerusi, dan sekarang sampai hendak bertanding 76 kerusi, jadi ini pun mengurangkan peluang DAP," katanya.

Justeru katanya Pakatan perlu bersedia untuk menerima hakikat jika pengundi Cina sudah bosan dengan drama politik pembangkang dalam usaha menawan Putrajaya.

"Harus diingat, pengundi Cina ini bukan semuanya pengundi tegar, mereka juga boleh?

"Pengundi Cina ini dua kali saja mereka ubah undi, satu tahun 1999 dulu kemudiannya PRU2008, sepanjang 12 pilihan raya diadakan, pengundi Cina ini dua kali saja dia ubah, jadi saya yakin PRU13 ini dia belum lagi nyatakan parti mana yang dia hendak bantah sebenarnya," kata Ahmad Atory lagi.

Menjelang PRU13, banyak skandal-skandal salah laku moral dipalitkan kepada kepimpinan pembangkang, termasuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat berdepan dengan saman-saman yang dikemukakan rakyat ekoran tidak menunaikan janji manifesto pada PRU12 lalu.

Malah kad laporan pemimpin BN yang rajin turun ke padang selepas PRU12 menyelami masalah rakyat bukan hanya menyebabkan beberapa negeri yang ditawan pembangkang semakin hampir menjadi milik BN semula tetapi mampu meraih sokongan lebih besar pengundi Cina, kata Atory.

"Saya rasa (pembangkang) terpaksalah memberitahu kepada rakyat yang pembangkang ini okay tapi sebenarnya lagi banyak benda atau pun orang katakan lagi banyak rahsia mereka terbongkar dan dibongkarkan oleh bekas-bekas DAP, PKR.

"Saya ingat semakin lama, rakyat (pengundi Cina) semakin tahu mana yang baik," katanya.





Ditulis Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan