Tokoh agama terkenal Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding
atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti
tersebut.
Sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini,
Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau
dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas.
Menurut sumber lagi, parti itu juga mahukan komitmen segera daripada
bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka akan
diumumkan penghujung bulan ini.
Difahamkan PKR ingin melantik tokoh agama itu sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang.
Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.
Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak
dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya
umum atau hal-hal lain.
"Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya
ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan
beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam
twitnya.
BACA SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan