Azlan Mohd Lazim berkata beliau sudah lama menyokong kepimpinan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu sejak tahun 1998 apabila
bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipalitkan dengan tuduhan liwat.
"Saya tidak akan membuat sebarang sidang media pada pagi ini kerana
saya maklum bahawa tuan puan yang hadir telah mengikuti kenyataan akhbar
saya pada 8 hari bulan.
"Tujuan saya hadir untuk menyerahkan borang permohonan sebagai Ahli PKR," katanya.
Azlan mendakwa beliau sudah lama 'bersama' dengan PKR dan hanya berperanan di peringkat akar umbi sahaja.
"Sebenarnya saya sudah lama berjuang sejak 1998 tetapi sebagai penyokong di peringkat akar umbi ketika itu.
"Saya amat meminati PKR dan hari ini saya menyokong penuh kepimpinan
DSAI dan saya mendoakan agar kepimpinan PKR dan PR akan mencapai
kejayaan cemerlang dalam PRU13 nanti berbanding keputusan PRU12,"
katanya.
OLEH:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan