Perdana Menteri berkata BN bukannya mahu kuasa semata-mata, sebaliknya
jika diberi mandat menerajui semula Selangor, parti itu akan melakukan
pembangunan yang selaras dengan kehendak kerajaan pusat supaya rakyat
negeri itu tidak dibelenggu banyak masalah.
"Kita telah dapat lihat bahawa kalau kerajaan pusat dan negeri tidak
datang daripada parti yang sama terlalu banyak masalah akan
berbangkit...masalah-masalah yang tidak sepatutnya dipolitikkan seperti
bekalan air.
"...yang mana hasrat kerajaan untuk menyediakan bekalan air yang
mencukupi melalui projek Langat 2 sampai sekarang tidak dapat
developement order (perintah pembangunan) daripada kerajaan negeri,"
katanya dalam program “Conversation With The PM” yang disiarkan menerusi
TV3 malam ini.
Disebabkan masalah itu, Perdana Menteri berkata kerajaan pusat terpaksa
membelanjakan RM600 juta dan menambah RM121 juta lagi bagi mencari
penyelesaian jangka pendek untuk rakyat Selangor.
“Kalau kita tidak buat akan menyusahkan rakyat dan banyak projek
pembangunan tertangguh sekarang ini sebab tiada jaminan bekalan air. Ini
menyulitkan rakyat dan membantutkan proses pembangunan negara,"
katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata pemberian Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) bukan gimik pilihan raya seperti yang
digembar-gemburkan pembangkang.
Sebaliknya, beliau berkata pemberian bantuan berkenaan adalah inisiatif
kerajaan bagi membantu golongan sasar yang berpendapatan RM3,000 dan ke
bawah dengan tujuan untuk mengukuhkan lagi ekonomi mereka.
Najib berkata sejak kerajaan melancarkan inisiatif membawa balik bakat
profesional tempatan yang kini berada di luar negara menerusi Talent
Corporation Malaysia Berhad, sebanyak 1,600 individu telah pulang untuk
bekerja di negara ini bagi tempoh 2011 dan 2012.
Beliau berkata jumlah itu jauh lebih tinggi jika dibandingkan dalam
tempoh 10 tahun sebelum ini apabila hanya 1,100 bakat profesional
tempatan di luar negara yang pulang untuk bekerja di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan