ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi mungkin akan terus bertanding atas tiket BEBAS sekiranya kerusi tersebut kekal kepada MIC.
Jamaluddin bekas ADUN PKR meninggalkan Pakatan Rakyat semasa berlakunya krisis dalaman Kerajaan PR di Perak.
Pas juga dikatakan amat berminat untuk meletakkan calonnya di DUN Behrang. PAS berkali-kali menuntut kerusi tersebut atas alasan calon PKR PRU 12, Jamaluddin melompat dan isytihar sebagai Adun BEBAS.
Dari maklumat yang disampaikan berkemungkinan Ketua UMUM PKR akan mengumumkan calon yang akan bertanding di DUN Behrang. Nantikan pengumuman tersebut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan