Pengikut

Selasa, 5 Mac 2013

NAJIB DIMINTAK PIKIOR SEMULA TARIKH PRU. APE MACAM?




Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sekiranya keadaan keselamatan negara semakin tegang, beliau tidak menolak kemungkinan PRU13 akan terjejas di kawasan terbabit sekali gus memberi kesan kepada keputusan pilihan raya nanti.

“Jika keadaan bertambah teruk mungkin akan menjejaskan pilihan raya tapi di kawasan terbabit saja.


“... ia tak beri kesan kepada perjalanan pilihan raya seluruh negara,” kata Ibrahim.


Walaupun pihak keselamatan menjamin situasi di Sabah di bawah kawalan dan dapat dibendung, namun beliau khuatir sedikit sebanyak akan memberi impak kepada banyak pihak yang sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya setelah banyak kali berlaku penangguhan.
 

PM perlu fikir semula tarikh pembubaran
Buat masa ini kata Ibrahim, beliau masih memantau keadaan semasa pencerobohan itu di kala negara sedang menunggu tarikh pembubaran Parlimen, yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bila-bila masa.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, jika isu keselamatan tidak ditangani segera, beliau khuatir PRU13 akan sukar dilaksanakan dalam masa terdekat sekali gus akan menjejaskan keputusannya nanti.

“Insiden itu akan menyulitkan perjalanan pilihan raya kita sama ada di peringkat Dun mahupun Parlimen.

“... ia mungkin melambatkan pilihan raya, mungkin Perdana Menteri perlu memikirkan semula tarikh PRU13 walaupun beliau mempunyai perancangannya sendiri,” jelas Presiden Just ini.

Walaupun isu pencerobohan itu dilihat kemungkinan melewatkan PRU13, namun berdasarkan maklum balas yang beliau peroleh, momentum majoriti pengundi masih berpihak kepada BN.

Dalam pada itu,  Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mat Jali dari  Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah tidak akan menjejaskan persiapan negara menghadapi PRU13.

Fuad berkata, beliau yakin kerajaan dapat menangani insiden berkenaan sebelum PRU13 diadakan.

“Saya optimis isu ini akan diselesaikan segera dan percaya PRU13 akan dibuat serentak. Pada pandangan saya mungkin pada bulan April justeru tidak timbul masalah PRU13 diadakan Beliau, bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan jika konfrontasi ini berlarutan, SPR terpaksa menangguhkan PRU13 di Sabah.

“Kalau kerajaan tidak dapat selesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, SPR mempunyai pilihan bagi menangguhkannya,” katanya.

Bagi PRU13, Sabah mempertandingkan 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dun.

Ditanya isu pencerobohan itu dikatakan didalangi pihak berkepentingan politik, beliau berkata, isu keselamatan negara tidak sepatutnya dipolitikkan dan seolah-olah menjadi sentimen menjelang pilihan raya bagi banyak pihak untuk meraih sokongan pengundi.

Tegas Ibrahim, tragedi berdarah yang telah meragut beberapa nyawa anggota keselamatan negara ini tidak harus dijadikan bahan kempen ahli politik dan sikap menyalahkan pihak tertentu perlu dihentikan segera sebaliknya memberi semangat kepada mereka untuk mengekalkan keamanan daripada penceroboh tersebut.

“Insiden ini tidak sepatutnya dipolitikkan, kita dapati sejak akhir-akhir ini semacam sentimen menjadikan banyak isu dipolitikkan.

“... perkata itu berlaku atas sebab lain, tak wajar dikaitkan dengan politik semasa.

“Yang penting fokus kepada keselamatan negara dan semua pihak sepatutnya memberi sokongan anggota keselamatan kita bukannya menuding jari menyalahkan mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang.



-SH-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan