Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk
perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang
setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.
Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia
melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka
sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.
Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul
di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas
Street di Salcedo Village.
Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan