Mustarim Fermin, 31, membungkuskan tilam dan pakaiannya ke dalam beg
kerana dia mahu keluar dari Kampung Simunul pada pagi Selasa, selepas
mendengar khabar angin bahawa kampung itu akan dibakar.
“Kami tidak merasainya sebelum ini jadi saya tidak mahu mengambil
sebarang risiko,” katanya, yang meninggalkan kawasan itu dengan beberapa
beg, sambil berkata, dia menetap bersama seorang saudara dan akan
pulang kembali sekiranya keadaan menjadi lebih tenang.
Ketua kampung, Panglima Ramli Sarahman, 56, berkata, penduduk kampung
bimbang terhadap serangan balas dendam selepas sekumpulan lelaki
bersenjata terbunuh apabila diserang oleh sekumpulan anggota polis.
“Terdapat macam-macam khabar angin, dan kami memberitahu mereka untuk
tidak mendengarnya tetapi mereka masih berhati-hati. Penduduk kampung
juga akan melakukan pemantauan ke seluruh kampung,” kata Ramli yang
berjaga sepanjang malam.
Dalam pada itu, Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan
keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran
bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.
Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops
Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh
kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang
individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan
bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga
mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan yang diberikan kepada mereka
untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.
Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara
aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan
serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi
pertempuran itu.
Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa
tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk
lelaki bersenjata masih tidak diketahui.
Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh
pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa
lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut
Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh
Sulu dikalahkan.
-MSTAR-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan