Pengikut

Khamis, 21 Mac 2013

TANYALAH SOALAN YANG LEBIH BAIK DRP ISU SEX?

 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas wartawan yang bertanyakan soalan bersabit gesaan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin agar isterinya Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, meletak jawatan.
 
Anwar sebaliknya berkata wartawan tersebut boleh bertanyakan soalan-soalan yang lebih penting, selain menjelaskan Mohd. Fareez Kamal Intidzam bukanlah setiausaha politik Zuraida. 
 
"Saya rasa pekerja saya sudah menjawab isu itu, dia (Fareez) tidak pernah berkhidmat di pejabat saya.
 
"Hanya TV3 sahaja yang suka cerita macam ini, TV3 mainkan berita utama cerita ini, jadi kenapa kamu pula sekarang buat cerita ini? Sekurang-kurangnya kamu boleh tanya saya isu lain seperti polisi ke?," katanya ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh wartawan tersebut tadi.
 
Fareez sebelum ini dikatakan menghantar surat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar menasihati Azizah untuk berundur dan memberi laluan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
 
Fareez selain itu berkata Azizah tidak berfungsi sebagai presiden dan kerap kali berlagak seperti tidak tahu apa-apa bersabit isu semasa melibatkan parti. Beliau juga mempertikaikan relevan Azizah yang tidak mahu bertanding di mana-mana kerusi sama ada DUN atau Parlimen.
 
Azizah juga katanya 'cemburu' pada sesetengah individu yang rapat dengan suaminya, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
 
Antarapos sebelum ini menghubungi Zuraida dan beliau mengesahkan Farez bukanlah setiausaha politiknya tetapi sekadar pembantu urusan-urusannya di Parlimen. Beliau juga memberitahu Fareez telah berhenti kerja pada 2011.
 
Dalam sidang medianya yang sama, Anwar juga enggan mengulas soalan seorang lagi wartawan bersabit dakwaan entri terbaru blogger sensasi Papa Gomo berjudul, 'I'm Gay - Video Menjelang 30 Jam Untuk Anwar Ibrahim Mohon Maaf Pada Papa Gomo'.
 
"Peguam saya akan menjawabnya," kata Anwar.
 
Pada 14 Mac, blog rajagoyang 360.blogspot.com memuatnaikkan sekurang-kurangnya 13 keping gambar hitam putih yang memaparkan seorang lelaki yang mirip Anwar dengan pasangan homoseksnya.
 
Gambar itu menunjukkan kronologi lelaki mirip Anwar itu memasuki sebuah bilik sehinggalah aksi-aski 'intim' dengan pasangannya itu, termasuk gambar bogelnya.
 
Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menuding jari kepada Umno Barisan Nasional (BN) sebagai rekayasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan