GAMBO HIASAN SEMATA-MATA
Naib Presiden PKR, Tian Chua hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini untuk menghadapi pertuduhan hasutan melalui kenyataannya yang mendakwa tindakan anggota keselamatan negara mempertahankan Sabah sebagai 'sandiwara Umno'.
Bilik mahkamah dipenuhi dengan penyokong rata-ratanya ahli PKR yang dikendalikan oleh Hakim Mohamad Sekeri Mamat. Tian Chua diwakili oleh peguam Latheefa Koya dan N. Surendran.
Beliau didakwa bercakap kepada KeadilanDaily.com bahawa kejadian tembak-menembak di Lahad Datu yang mengorbankan dua orang anggota polis diperingkat awal insiden pencerobohan militan Sulu sebagai satu konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat Sabah.
Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan rakyat seluruh negara.
Pada sebelah pagi tadi, berlaku pertengkaran kecil antara penyokong Tian Chua dengan anggota polis di kafeteria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila sekumpulan lapan orang anggota cuba untuk 'mengiringi' pemimpin PKR itu ke pejabat polis di bangunan sama.
Namun tindakan tersebut dibantah oleh kedua-dua peguam beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan