Pengikut
Selasa, 5 Mac 2013
KETUA PEMBANGKANG YANG MEREPEK. KEH!KEH!
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman menyifatkan keamanan yang dikecapi di Malaysia menjadi salah satu faktor negara ini menjadi sasaran untuk diceroboh pihak luar.
Menurutnya, yang dikesali ada rakyat negara ini menjadi musuh dalam selimut membenarkan pihak terbabit menceroboh negara.
Sambil menyingkap zaman kejatuhan raja Melaka, Satim berkata, negeri yang tercatat kegemilangan tamadun lebih 600 tahun akhirnya tinggal sejarah akibat dua petualang dan perkara itu seolah-olah berulang apabila ada lagi yang cuba menjadi petualang selepas negara merdeka.
“Sebab itu golongan muda kena guna semangat keperwiraan, mesti jadi benteng selamatkan negara,” katanya ketika Majlis Pelancaran Rakan Cop Parlimen Puchong, Jentera Bermotor dan Gerak Gempur Pemuda BN Puchong, di Taman Tasik Puchong Perdana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan