Pengikut

Jumaat, 8 Mac 2013

EZAM AKAN PERTAHANKAN SAIFUL SAMPAI MATI? KEH!KEH!




Penafian oleh bapa Saiful Bukhari Azlan bahawa anaknya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim lima tahun lalu adalah helah politik untuk menyelamatkan imej Ketua Pembangkang itu menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Senator Ezam Mohd Nor.

Ezam berkata pihak yang sepatutnya membuat sebarang penafian adalah Saiful sendiri tetapi beliau tidak pun hadir pada sidang media bersama ayahnya Azlan Mohd Lazim yang “membersihkan” Anwar daripada tuduhan liwat itu.

"Pokoknya sekarang yang kena liwat tu siapa? Bapa Saiful ke Saiful? Jadi Saiful patut beri penjelasan, saya percaya Saiful yang akan beri penjelasan sebab dia yang kena liwat?,” kata Ezam.

"Dia sendiri terlibat, saya rasa elok kita dengar penjelasan Saiful. Bagi saya bapa Saiful ini tiada apa, dan  (ini) usaha Anwar untuk selamatkan imej dia yang semakin teruk atas soal moral, akidah dan macam-macam lagi," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.

Ezam yang juga bekas pegawai khas Anwar dan mantan Ketua Pemuda PKR menyifatkan penafian Azlan itu menjelang PRU 13 sebagai "kerja bodoh untuk selamatkan imej dia (Anwar)  yang teruk“.

“Imej dia teruk di dalam dan luar negara jadi dia akan buat macam-macam lagi," tambah Ezam lagi.

Ezam adalah antara saksi pertama yang memberi keterangan pada kes liwat Anwar tiga tahun lalu. Beliau antara yang pertama yang ditemui oleh Saiful selepas bekas pembantu Anwar itu mengadu diliwat pada Jun 2008.

Pada Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada tuduhan itu setelah menolak kesahihan bukti DNA yang dikemukakan oleh pendakwaraya.

Ayah Saiful, Azlan ketika itu lantang menegaskan anaknya diliwat Anwar dan mendesak pendakwaraya untuk membuat rayuan. Kes itu kini dirujuk kepada Mahkamah Rayuan.
  

Dalam kenyataannya kepada media terpilih, Azlan mendakwa Saiful dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar menerusi tuduhan liwat untuk kali kedua.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

Namun pada 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar tidak bersalah keatas tuduhan meliwat Saiful.




(Oleh: Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz- AntaraPos)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan