Pengikut
Jumaat, 22 Mac 2013
TAN SRI MD HASHIM LAWAN TAN SRI SHARIR SAMAD DI PARLIMEN JOHOR BAHARU?
Desas desus kini bertiup kencang apabila bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein - yang baru menyertai PKR dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Johor Baharu.
Md Hashim dijangka bertanding menentang penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Johor Baharu merupakan kubu kuat Shahrir sejak sekian lama dan beliau pernah bertanding atas tiket bebas dan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil akhir 1980-an.
Dikatakan seorang lagi bekas panglima tentera darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid disebut-sebut akan bertanding di kerusi Pasir Gudang. Manakala menurut satu lagi sumber, kedudukannya bertanding di situ masih belum dimuktamadkan. Pasir Gudang diwakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin. Beliau menang dengan majoriti 17,281 undi menentang calon PKR Md Rizan Mohd Saman.
Datuk Idris Jauzi turut disebut-sebut untuk bertanding di Batu Pahat.
Datuk Chua Jui Meng yang juga Pengerusi PKR Johor akan bertanding di parlimen Segamat yang kini diwakili oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan