gambo ini takde kene-mengene dengan najib. Keh!Keh!
Jadual Datuk Seri Najib Razak padat bagi dua minggu akan datang dengan temuramah televisyen yang disiarkan secara langsung malam ini, di mana perdana menteri akan bertemu dengan rakyat di seluruh negara sebelum membubarkan Parlimen pada hujung Mac ini untuk memberi laluan pilihan raya umum dijalankan pada pertengahan April.
The Malaysian Insider difahamkan daripada beberapa Menteri Kabinet dan pemimpin parti Barisan Nasional (BN), plihan raya umum ke 13 akan berlangsung lima minggu akan datang dengan kebanyakkan calon telah dipilih dan manifesto gabungan tersebut dijangka siap pada 20 Mac.
Ini adalah tempoh kedua paling panjang melebihi lima tahun semenjak negara mengadakan pilihan raya umum dengan yang terakhir adalah tempoh diantara pilihan raya umum ketiga pada May 1969 dan pilihan raya umum keempat pada Ogos 1974
“Jadual Najib padat dengan penampilan yang banyak tetapi reda dari minggu terakhir bulan Mac hingga April 24 apabila Sidang Kemuncak Asean diadakan di Brunei. Pilihan raya mungkin selepas itu,” kata satu sumber kepada the malaysian insider
Sumber turut mengatakan parlimen mungkin dibubarkan seawal 25 Mac, dua hari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan tamat tempoh.
Baca terus di malaysian insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan