Pengikut
Khamis, 14 Mac 2013
KOD 71. APE JAWAPAN SPR?
KOD 71 adalah kod yang diberi kepada kad pengenalan bagi warganegara Malaysia yang lahir di luar negara dan juga rakyat asing yang memperolehi status warganegara Malaysia.
Bagi SPR, sesiapa sahaja yang disahkan sebagai warganegara Malaysia melalui bukti kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftran Negara, maka mereka adalah layak dan berhak untuk memohon didaftarkan sebagai pemilih dan menjadi pengundi dalam pilihanraya.
Bagi mereka yang bukan warganegara atau warga asing, adalah mustahil mereka dapat mendaftar sebagai pemilih. Ini disebabkan proses permohonan seseorang warganegara yang layak akan dibuat melalui tapisan sistem komputer yang ketat dan perlu mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang.
Tidak timbul soal tentang siapa atau apakah latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk mendaftar sebagai pemilih jika dia mengemukakan kad pengenalan yang sah dan telah mencapai umur 21 tahun dan keatas serta memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan dibawah perlembagaan.
-SPR-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan