Pengikut

Isnin, 4 Mac 2013

YANG MATI DIHIDUPKAN SEBAGAI PENGUNDI HANTU. YANG HIDUP DIMATIKAN? KEH!KEH!

Seorang pesara terkejut apabila mendapati dirinya dikatakan ‘Telah Meninggal Dunia’ ketika cuba menukar alamat kad pengenalan baru di Jabatan Pendaftaran Negara, bulan lalu.

Ramathas Alagan, 59, mendakwa dia mengetahui status ‘kematian’ itu setelah pergi ke JPN untuk mendapatkan kad pengenalan baru kerana menukar alamat daripada Taman Medan ke Taman Sri Manja di Jalan Klang Lama.




Menurutnya, bagaimanapun, dia mendakwa gagal berbuat demikian apabila dimaklumkan oleh kakitangan JPN kerana mempunyai masalah.

Dakwanya, dia diarahkan untuk ke ibu pejabat JPN untuk tindakan lanjut berhubung perkara itu.


Katanya, dia hanya berbuat demikian baru-baru ini untuk menyelesaikannya.


“Saya sangat terkejut apabila ke JPN dan mereka mengatakan saya tak boleh tukar kad pengenalan kerana sudah mati.

“Mereka arahkan saya ke ibu pejabat JPN untuk selesaikan perkara ini tetapi saya hanya pergi baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Menurutnya, dia tidak menyangka diisytiharkan mati sedangkan dia masih menerima duit pencen seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Katanya, dia mendakwa menerima surat daripada JPN pada Khamis lalu menjelaskan siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.

Dia mendakwa dimaklumkan siasatan mengambil tempoh kira-kira empat tahun.


Ramathas berkata, beliau berharap perkara tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin kerana tidak mahu sebarang masalah timbul.



-sh-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan