LAHAD DATU: Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan
oleh pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi Selasa bagi mengusir
baki kumpulan bersenjata Sulu:
10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara tidak akan menjawab sebarang soalan.
10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk sidang akhbar.
10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada
penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah
berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di
sana.
10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa
walaupun sebahagian pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis
bandar mengingatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin
kerana "ia semuanya adalah penipuan" dan situasi di sini sejak beberapa
hari lalu adalah terkawal tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan
dengan kes di Lahad Datu.
10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di
Felda Sahabat. Mereka berada di sana selepas mendengar letupan sejak
pukul 7 pagi.
10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan
polis memberitahu orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan
mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.
10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah
telah menunda sidang media dari pukul 9.30 pagi ke 11 pagi di Felda
Sahabat di mana pengamal media sedang menunggu kenyataan mengenai apakah
yang berlaku di kampung Tanduo.
10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.
10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk
kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang
ramai memasuki bandar itu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya
Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak
malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas
mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad
elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam
tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir
baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui
kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil
langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan
kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung
Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk
kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.
-MSTAR-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan