Pengikut

Rabu, 6 Mac 2013

DSAI AKAN BAGI PENJELASAN PADA MEDIA FILIPINA. APE MACAM?


MU kalah 2-1 pada Real Madrid pagi tadi.


Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau ditawarkan oleh media Filipina, Philippines Daily Inquirer bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

"Mereka Philippines Daily Inquirer menawarkan untuk bercakap dengan editor mereka untuk temubual secara langsung.

"Mereka sanggup berikan saya platform untuk menentang atau tidak bersetuju berhubung dengan dakwaan tersebut," katanya.

Bagaimanapun Anwar berkata beliau tidak dapat menerima tawaran itu dengan segera kerana sibuk namun mengakui akan berbuat demikian kemudian.

Anwar menambah bahawa tawaran itu akan termasuk temubual secara langsung penjelasannya dan akhbar harian berkenaan.
Menerusi laporan Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai 'faktor luaran' di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Malah baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan