Pengikut

Isnin, 18 Mac 2013

SYAHID ITU KUNIAAN ALLAH- DR JUANDA JAYA



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan anggota polis dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam pencerobohan di Sabah boleh ditakrifkan sebagai 'mati syahid'. 
 
"Kalau kita takrifkan mereka yang menyerang polis kita sebagai penceroboh dan polis kita pula memang bekerja dengan niat untuk mempertahankan negara...itu memang kita harapkan Allah kurniakan kedudukan syahid kepada mereka.
 
"Pada saya kalau dia berperang memang dia syahid sebab itu jelas disebut dalam pelbagai hadis. Cuma untuk kita 'confirm' ya mereka syahid ada ulama mengatakan itu bukan hak kita.
 
"Itu kurniaan Allah, cuma kita berharap berdoa dan kedudukan syahid balik kepada soal asal niat mereka sebab itu sepatutnya anggota keselamatan kita sentiasa diperingatkan, betulkan niat bila mahu ke medan perang," katanya dalam temubual eklusif bersama Antarapos di kediamannya di sini.
 
Jangan sensasikan status kematian perwira Lahad Datu
 
Tambah Juanda,  pengorbanan anggota keselamatan negara dilakukan atas dasar mempertahankan negara, agama, bangsa dan kehormatan daripada dicabuli anasir luar.
 
"Betulkan niat untuk pertahankan negara, agama, bangsa, kehormatan dan sebagainya kerana dengan niat seperti itu kalau dia gugur dan terkorban dia akan syahid.
 
"Dalam kes Lahad Datu, saya tengok isunya berdepan dengan penceroboh dan berdepan golongan yang cuba mengganggu ketenteraman awam dalam negara kita...sudah pasti askar dan polis mereka duduk dalam kedudukan orang yang syahid tapi balik kepada soal asal niat mereka.
 
"Saya percaya mereka sudah ada niat yang sangat jelas," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan