Pengikut

Khamis, 3 Disember 2009

3-4 EKOR JADI PELAKON LAGI.....






Korang semua boleh percaya ke yang SPRM akan siasat 3-4 ekor orang umno/bn ni...? Alah! korang semua bukan tak tau gerak kerja SPRM selama ini.

Contoh paling nyata dan terang, bagaimana SPRM "melibatkan" diri untuk memerangkap 2 ekor katak PKR sehingga tumbangnya kerajaan. Ini yang korang nak harapkan...

Di Selangor...! sampai mati suspek..
Pejabat-pejabat Exco Selangor digeledah mencari bukti yang tiada. Ni korang nak harapkan...

Apa terjadi pada Adun Lunas...bukankah dia ni "ditakut-takutkan" SPRM

Kalau betul-lah SPRM ni telus, semua Menteri yang ada sekarang ni, tidor dalam penjara/lokap dah yop!

Ni semua agenda Penasihat Yahudi tu, untuk memberikan imej yang "terbaik " kepada Najib...


Jadi...cerita dibawah ni hanya nak sedapkan hati jeeee!!!!

Setiausaha Politik berkenaan yang dikatakan mengumpul wang berjuta-juta ringgit di dalam bank, memilik dua tiga buah kereta mewah dan juga hartanah di Lembah Kelang. Beliau baru berusia awal 30-an.



Wang dan harta itu katanya dipunggut menerusi kedudukannya sebagai Setiasauaha Politik menteri berkenaan yang dipercaya baru dijabatinya sejak awal tahun lalu. Berita ini menjadi perhatian umum hari ini. Orang ramai juga tertanya-tanya siapakah gerangan Setiausaha Politik berkenaan kerana sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang melaporkan tidak menyebut nama Setiausaha Politik berkenaan.


Bagaimana pun dari satu sumber menyebut Setiausaha Politik itu aalah kepada menteri yang berasal dari Pulau Pinang.
Sumber berkenaan yang mengakui banyak mengetahui 'pergerakan' dalaman Umno mengatakan selain daripada Setiausaha Politik itu terdapat tiga atau empat orang lagi Setiausaha Politik yang dalam perhatian pemerhatian SPRM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan