Pengikut

Rabu, 2 Disember 2009

66,616 GUGUR , KOME PI CHECK!






Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggugurkan 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar kerana pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009.

DPT yang diperakui SPR itu adalah bagi tempoh Julai hingga September tahun ini.

Jumlah pemilih pendatar terkini ialah seramai 11,085,863 - termasuk 81,625 pemilih dalam DPT suku tahun ketiga itu, yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPR turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

"SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.


Pemilih berdaftar digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina dan sebagainya.

1 ulasan: