Pengikut

Khamis, 3 Disember 2009

BUKAN DS NIZAR TAPI JAMIL HARUS UNDUR







Kemelut yang melanda PAFA yang kelihatan seakan reda, nampak nya tidak menjadi kenyataan walaupun DS Zambry mengumumkan secara terbuka di media untuk membantu menyelesaikan masalah hutang yang di tanggung oleh PAFA. Bagi saya memang sewajar nya DS Zambry berbuat demikian kalau di ambilkira dari punca semua hutang yang di tanggung oleh PAFA.



Keesokan nya, di susuli pula oleh kenyataan YB Zainol Fadzi yang mendesak supaya Nizar berundur dari PAFA. Jelas dari kenyataan Zainol, sebelum menghulur sesuatu, Nizar perlu lah di usir dari persada. Sebagai peminat, kita pun tertanya-tanya apakah yang di nyatakan oleh Zambry itu satu’gimik’ politik dan apa yang di maksudkan oleh Zainol itu merupakan satu sikap seorang pemimpin muda yang ’gilakan kuasa’.


Zainol juga telah menggunakan beberapa orang kepimpinan pemuda yang langsung tiada kaitan dengan PAFA untuk membuat kenyataan terbuka bagi tujuan menyokong desakan beliau supaya Nizar berundur.

Tebal


Yang menjadi tanya tanya kepada kita, adakah mereka itu tahu ’punca masalah’ sebenar yang melanda PAFA, samada dari segi pengurusan kewangan mahu pun pengurusan persatuan itu sendiri. Sudah pasti TIDAK, tetapi yang aneh nya kenapa perlu berlagak seperti jaguh kampong. Masakan mereka sanggup berbuat demikian kalau tidak ada ’udang di sebalik batu’.



Memanglah melucukan bagi kita yang berjiwa sukan, seorang Naib Ketua Pemuda UMNO dari Hutan Melintang dan seorang Ketua Pemuda MIC Taiping, membuat kenyataan di akhbar dan mungkin ada di antara pembaca tersenyum sinis setelah membaca nya dan mungkin juga ada yang yang ’loya’ untuk membaca nya. Adakah mereka ini terlibat dalam persatuan bolasepak di daerah mereka ataupun pernah mengikuti perkembangan sukan bolasepak di tanah air selama ini.



Sebelum ini kita tidak pernah dengar pun sebarang kenyataan dari mereka. Elok lah rasa nya mereka tumpukan sahaja agenda politik mereka di bahagian masing-masing dan jangan terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga orang mahupun menjaga tepi kain orang.



Mari kita lihat pula gelagat Pengerusi KP Perak, saudara Jamil Othman yang kalau kita lihat secara fizikal bentuk tubuh nya, bongkok seperti ’lalang’. Pepatah ada mengatakan, sepertimana kueh begitu lah acuan nya, begitu lah juga sikap Jamil. Sebagai penyokong bolasepak Perak, pembohong lah kalau kita katakan tidak tahu siapakah Jamil walaupun kita tidak mengenali nya secara dekat . Wajah beliau kerap terpampang di akhbar-akhbar tertentu, dan sekali-sekala muncul di kaca tv untuk membuat kenyataan selaku Pengerusi KP, tetapi terdapat juga beberapa kenyataan beliau, merupakan pandangan peribadi sahaja



Sebaik sahaja DS Zambry mengumumkan bahawa kerajaan Perak akan membantu PAFA, keesokan hari nya, tanpa berlengah, beliau terus menghantar surat memohon bantuan bagi mengisi tabung kewangan KP Perak dan di paparkan pula gambar beliau bersama Naib Ketua Pemuda UMNO. Di situ kita boleh berfikir, adakah kenyataan Jamil selama ini mewakili semua ahli KP ataupun merupakan kenyataan peribadi beliau yang hanya untuk melepaskan geram pada Nizar, setelah beliau di pecat. Kenapa kah semasa Nizar menjadi Presien PAFA dan MB dahulu, manakala Jamil sebagai Ahli Majlis yang di lantik, tidak memohon bantuan. Bukan kah masa itu ada lah masa yang paling sesuai dan mudah berhubung secara terus dengan Nizar.



Persoalan ini lah yang kita rasa pelik dan musykil untuk di jawab kalau ianya tidak di fikirkan secara mendalam. Melalui sumber yang boleh di percayai, Jamil tidak memohon bantuan kerana beliau tahu, ia nya pasti akan di tolak oleh Nizar kerana KP berhutang dengan PAFA. Alasan penolakan tersebut bukan kerana Nizar tidak mahu membantu Kelab, tetapi KP masih belum memulangkan lebih dari RM 3,000.00 hasil jualan tiket kepada ahli-ahli kelab semasa pertandingan Liga Super berlangsung. . Bukan lah hasrat kita hendak menuduh sesiapa pun, tetapi ia menjadi satu tanda tanya, kepada siapa kah duit tersebut di serahkan. Adakah masalah ini di ketahui oleh ahli-ahli KP, kita tak pasti tetapi mungkin juga beberapa ’orang kuat’ Presiden tahu ke mana hilang nya duit tersebut.




Kini, berita yang tersebar luas dari dalam KP ialah, sehingga kini, Mesyuarat Agong KP belum di adakan dan spekulasi mengatakan bahawa KP telah ’expired’ dan mungkin tidak sah lagi untuk bergerak aktif. Kebanyakan ahli tertanya-tanya dan mula mempertikaikan tentang corak kepimpinan Jamil yang hanya pandai mencari ’publisiti’ untuk kepentingan diri beliau supaya dapat bertahan lama sebagai Pengerusi KP. Kalau di bandingkan dengan ’output’ beliau selama ini, tidaklah sehebat mana, hanya ’banyak bercakap dari berkerja’. Mereka berpendapat, sekira nya beliau seorang ketua yang membuat kerja, tak kan lah tabung kewangan kelab pun tiada. Pernah satu ketika, bayaran untuk ’tukang gendang’ di stadium pada satu perlawanan Liga Super di bayar oleh pihak tertentu kerana kelab tiada duit.



Di manakah Jamil ketika itu, kenapa beliau tidak mendahulukan sahaja duit beliau selaku Pengerusi KP dan di mana kah tanggungjawab beliau. Apakah beliau hanya mengharapkan bantuan dari kerajaan ataupun PAFA untuk menggerakkan aktiviti kelab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan