Pengikut

Jumaat, 18 Disember 2009

CINA,UMNO,TAKSUB DALAM PR






Tak merasa teman nak pi konvesyen kali pertama ni, kerana teman bukan Ketua Cabang atau Timbalan Ketua Cabang atau Ketua AMK Cabang, dan juga bukan Ketua Wanita Cabang.

Jadikan konvesyen ni satu titik tolak untuk terus berkefahaman, bekerjasama..dan yang paling penting hilangkan sifaf-sifat ego yang masih menebal di dalam beberapa kerat pemimpin pakatan rakyat.

"Kecinaan" dalam DAP
"KeUMNOan" dalam PKR
"Ketaksuban" dalam PAS
Bagaimana untuk mengatasi sekiranya 3 sifat ini masih menebal........






Satu penyataan bersama Pakatan Rakyat akan dibentangkan dalam konvensyen ini untuk dijadikan panduan dan asas ikatan antara ketiga-tiga parti ini.

Antara kandungannya adalah:

1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan.

2) Kembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

3) Bangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat

4) Kembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri.

5) Hapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat.

6) Hentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan.

7) Bangunkan agenda keselamatan sosial

8) Perkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera.

Selamat Berkonvesyen kepada semua Perwakilan Pakatan Rakyat.....

1 ulasan:

  1. salam tn haji...

    harap-harap x lama umno nih...getik beno
    kpd pemimpin PR jgn dok jeling-jeling lagi,ini masa pi rapat boh penampaq je..bissawab

    BalasPadam