Pengikut

Selasa, 1 Disember 2009

50 RIBU YANG DATANG







Kira-kira 50 penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan.

Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.

Che Johan, Timbalan Umno Pasir Mas itu kemudiannya telah menyerahkan satu memorandum kepada Setiausaha Politik MB, Anuar Bakhri Haron.

Selain berteriak dan melaungkan slogan anti PAS, mereka juga menaikkan kain rentang mendesak Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Polis telah mengawal ketat demo ini.

Malam tadi, Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis bagi memaklumkan rancangan demo ini.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan, Wan Azimin Wan Adnan, ditemani oleh beberapa orang peguam, dilihat memasuki balai polis Kota Bahru, jam 10.30 malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan