Pengikut

Rabu, 2 Disember 2009

JANDA KALI KE-2...







Natasha Liana Hudson

Selepas sebulan tidak tinggal bersama suami, Natasha Hudson akhirnya bercerai

DISANGKAKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan juga di tengah hari. Ketika tahun 2009 hendak melabuhkan tirai tak lama lagi, ia menghadirkan episod duka dalam hidup Natasha Liana Hudson, 27 apabila rumah tangga yang dibinanya pada 29 Julai 2007 dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari hancur berkecai.

Pelakon dan model berdarah campuran itu membuat kenyataan mengenai penceraian mereka pada malam Isnin lalu kepada Hip sekali gus mengesahkan khabar angin mengenai pergolakan yang melanda perkahwinan mereka kebelakangan ini.

Ini adalah penceraian kali kedua pelakon ini. Perkahwinan dengan Shahrin pula dikurniakan anak perempuan, bernama Nessa Helena.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan