Pengikut

Rabu, 16 Disember 2009

ISTANA KELANTAN PULA BERGOLAK







Ada sesuatu yang bergolak di istana Kelantan apabila Tengku Muhammad Fakhry Petra mencabar kesahan tindakan kekandanya Tengku Muhammad Faris Petra melucutkannya daripada majlis perajaan negeri.

Tengku Muhammad Faris Petra, sebagai tengku mahkota Kelantan, kini dilantik Pemangku Raja Kelantan susulan kegeringan yang dihadapi Sultan dan dirawat di Singapura.

Tindakan anakanda ketiga Sultan Kelantan itu susulan surat pelucutan tersebut yang diterima putera itu daripada setiausaha kerajaan Kelantan, 16 September lalu.

Tengku Muhammad Fakhry yang menang dalam kesnya terhadap isterinya baru-baru ini, menamakan kekandanya itu, sebagai pemangku raja, sebagai responden.

Turut dinamakan dalam tindakan undang-undang itu ketua setiausaha negeri, mufti negeri, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja dalam samannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan