Bekas Pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan pertuduhan kes liwat yang dikemukakan terhadapnya.
Peguam yang mewakili Saiful, Zamri Idrus berkata anak guamnya melahirkan rasa gembira keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
"Beliau (Saiful) sangat gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya beliau akan dapat memberi keterangan mengenai kes liwat itu.
"Saiful telah lama bersedia untuk memberi keterangan, hampir satu setengah tahun kes ini tertanguh, alhamdulillah akhirnya mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya
Menurut Zamri, Saiful amat berharap pihak tertuduh tidak lagi mencari alasan supaya kes tersebut ditangguhkan lagi.
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan pertuduhan liwat yang dikemukakan terhadapnya.
Mahkamah turut menetapkan 25 Januari hingga 27 Februari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan