Pengikut

Khamis, 3 Disember 2009

HJ MUS , TEMAN EDIT DAN COPY JE....





Jangan asyik meminta rakyat saja untuk melakukan perubahan tetapi pemimpin masih dengan sikap ego mereka. Pemimpin mesti dilihat sanggup berubah untuk menjadi lebih baik… barulah rakyat akan ikut untuk sama-sama melakukan perubahan. It must work both ways, baru menjadi!!



Sebenarnya PKR Perak… tak banyak pemimpin rakyat yang berintegriti. Sudah sampainya PKR Perak mempunyai pemimpin yang berpotensi untuk terus memimpin kearah"merubah" PKR Perak.( teman edit) . Kembalinya Hj Mustaffa ke Perak sebagai Pengerusi terlalu banyak yang memperkatakan soal diri serta citarasa beliau . Beliau mempunyai kekuatan tersendiri, sebagai manusia, dia juga ada limitations dan flaws yang dia kena uruskan. Cuma jangan terlalu banyak "meniru lenggang-lenggok DS Anwar Ibrahim , perlu ada imej tersendiri....klon,klon tak main laaaa!!! Tengoklah sdr ezam...gaya, cara semua DSAI.



Hj Mustaffa Kamil perlu benar ikhlas dalam menguruskan PKR Perak, perlu muhasabah diri bagi mengubah persepsi akar umbi terhadapnya.



Aku percaya pada memberi peluang kepada seseorang untuk memperbaiki diri agar dia terus maju dan berjaya. Jadi…. fokuskan pada kekuatan yang kita peroleh dan pada masa yang sama, cuba sedaya upaya, baiki kelemahan diri kita. Jangan persiakan peluang yang telah diberi kepada kita.



Sekiranya ada penilaian yang tersasar atau kurang tepat…. aku mohon berbanyak ampun dan maaf. Bukan niat untuk menghina, memperkecil dan jauh sekali menjatuhkan maruah…. tetapi semata-mata ingin melihat seketul permata terus digilap dan bercahaya, demi kepentingan semua. Semoga anda diterima dan berjaya, insyaAllah…


edit n copy : http://motherof3mohd.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan