Pengikut
Khamis, 30 September 2010
DI PAHANG, ADA GENTING, DI GENTING ADA HASIL JUDI
Umno sebagai parti yang memerintah bertanggungjawab terhadap akidah umat Islam sdeluruhnya. Dalam hal ini molek juga kalau modus operandi membenteraskan wang haram dilaksanakan oleh Umno Pulau Pinang itu diajar kepada Umno negeri-negeri lain. Umno kena ingat bukan Melayu di Pulau Pinang saja ingin masuk syurga, tetapi Melayu lain juga.
PERAK NEWS: HJ MUSTAFFA MENANG TANPA BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR
Maka tinggallah Hj Mus seorang...maka lebih baik isytihar saja Hj Mus menang tanpa bertanding untuk Timbalan Presiden...lagi pun Hj Mus adalah calon pilihan Presiden...esok jam 3.30 petang, Hj Mus akan buat PC di Kelab Sultan Sulaiman..dah pasti dengan bangganya Hj Mus mengumumkan untuk bertanding Timbalan Presiden..kalah di Pasir Salak tapi menang free Timbalan Presiden..ok la tu.
Pemilihan cara 1ahli 1 undi yang julung kali ini banyak disaksikan kepada ahli-ahli sikap serta beberapa "kebodohan" yang tak sepatutnya berlaku. Bergaduh sana-sini..sepak terajang peti undi..yang sebelum ini ahli PKR hanya menyaksikan dalam pemilihan MIC dan UMNO..kali ini berkalu dalam parti sendiri.
Bukan itu saja..keburukan sikap dan sifat beberapa calon yang bertanding turut di dedahkan..cuma tak keluar paper je...tapi dibawah.? macam-macam benda di dedahkan.
Proses kematangan..? adakah ini proses kematangan..? atau "diproses" untuk menjahanamkan PKR..?
DATUK ZAID MUNGKIN TARIK "HANDBREAK"?
Jika ini benar, maka tinggal 2 calon saja..YB Azmin dan Hj Mustaffa Kamil Ayub..Hj Mus dijangka akan membuat pengumuman tentang kesediaan meneruskan hasratnya itu dalam sehari dua ni.
INIKAH ADUN YANG AKAN SERTAI PPP?
SAMA-SAMA SETIA: DATUK ZAID AHLI PKR SAMA MACAM AZMIN
“Jika anda kata ini adalah parti yang terbuka dengan pemilihan yang demokratik, kenapa ada pemimpin yang berkempen menentang saya,” soal Ketua PKR WP Kuala Lumpur itu, semalam.
Difahamkan, persoalan itu ditujukan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin senior parti tertentu yang dilihat mempersoal status junior beliau sembena musim pemilihan ini demi memenangkan ‘calon wahyu’, Azmin Ali.
Tetapi, pasukan Azmin sendiri memberitahu bahawa tidak salah dibangkitkan soal kesetiaan Zaid itu memandangkan Zaid sendiri dilihat lantang menyerang pemimpin-pemimpin utama parti belakangan ini.
Berbeza dengan dirinya, Azmin berkata kesetiaannya kepada Anwar dan Presiden tidak perlu dipertikai lagi.
Kata mereka, lebih 12 tahun Azmin membuktikan bahawa dirinya adalah pemimpin paling setia kepada keluarga Anwar itu.
Pun begitu status Azmin masih dilihat ‘gatekeeper’ Anwar yang cuba diperlihatkan matang memimpin parti.
Zaid pula walaupun kadang-kadang membangkitkan soal yang remeh, namun khalayk melihatnya seakan agent semak dan imbang serta ‘agen perubahan’ pada parti.
Selain Zaid, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat sebagai ikon integriti parti.
Manakala, Tian Chua dan Mustafa Kamil Ayub masing-masing dilihat sebagai ikon anak Malaysia dan ikon Islamis dalam parti yang mampu membebaskan keluarga Anwar dari belenggu ‘gatekeeper’ tertentu. baca sini
Rabu, 29 September 2010
OLEH UMNO
Selasa, 28 September 2010
PERAK NEWS: SAJA AKU ULANGI SEBAGAI PEDOMAN
Sebelum pemilihan bermula, aku dah cakap kat Pak Khalid Jaafar semasa minum di Kuala Kangsar. (Boleh confirm dengan dia.) Aku bagi tau Pak Khalid, Mus akan dapat 14 pencalonan dari jumlah keseluruhan 24 Cabang di Perak. Azmin akan dapat 10. Kalau Zaid boleh dapat 1 atau 2 pencalonan dari Perak, itu sudah boleh dikira bonus.
Tetapi apakah pencalonan itu menggambarkan sokongan?
Kalau Mus dapat pencalonan tak sampai setengah dari Perak…Mus perlu melupakan hasrat untuk bertanding Timbalan Presiden. Dan sekarang ia sudah berlaku, malah Mus kalah ditempat sendiri.
Dari mula Mus dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak, aku mula mengkritik dia sampai aku jadi muka ‘wanted’ dalam PKR Perak. Semasa Konvensyen Pakatan Rakyat Perak dulu, Mus cakap kat aku, “Tolong la sikit. Bagi chance la..belum apa-apa lagi dah kutuk.”
Aku bagi tau dia..”Kalau aku kritik, dan orang hentam aku. Mus tak ada masalah. Tapi kalau aku kutuk, dan orang tambah semangkuk lagi, Mus ada masalah.’
Dan Mus meneruskan gaya dan cara dia. Tak mau berubah dari sikap elitist, terlalu bergayut kepada Anwar dan Azizah. Program-program PKR Perak dibuat untuk membodek Anwar dan Azizah. Lama-lama orang fed-up.
Dengan AMK sendiri pun tak berani nak berdepan..macam mana nak berdepan dengan musuh? Dan kesilapan besar Mus ialah menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi MPN untuk mencipta imej palsu bahawa dia mendapat sokongan padu dari semua Cabang di Perak.
Belum apa-apa lagi, Mus dah minta semua Ketua Cabang menyokong dia. Betul…didepan, semua Ketua Cabang menyokong..tapi dibelakang hampir separuh mengutuk. Mus tak sedar sebab dia cuma mahu mendengar yang baik-baik saja. Kalau ada orang kritik, yang tu jenis nak memecahbelahkan parti macam Mat Saman Kati.
Apa yang Mus buat pada minit terakhir dengan mengadakan sidang akhbar menuduh Hj. Osman sebagai ejen umno dan ditaja oleh Jamal amat memalukan. Kalau la benda tu aku yang buat, siap la aku kena katok. Tapi aku tak mau menyalahkan Mus kerana itu sikap orang yang desperate. Dia tau dia akan kalah dan mengharapkan dengan “pendedahan” itu, orang akan percaya. Tapi Mus lupa, orang kampung pun bukan semua bodoh.
Adakah Mus kalah kerana Mat Saman Kati? Tidak.
Mus kalah kerana Azmin. Dan Mus juga kalah kerana Anwar tak mau tolong. Tapi itu semua hanyalah ‘sebab’ kepada kekalahan. Sebab utama ialah kerana Mus menentang Dream Team Anwar.
Mus sudah mula berkempen untuk Timbalan Presiden lama sebelum Pencalonan dimulakan. Dia menggunakan Biro Latihan untuk menjelajah seluruh negara untuk meraih sokongan. Tapi orang fed-up bila Biro Latihan digunakan untuk mendapat sokongan peribadi. Orang melihat Biro Latihan hanyalah alat untuk mempromosikan Mus.
Pada masa itu, orang tak nampak kekuatan Zaid. Jadi, tumpuan Team Azmin hanyalah kepada Mus.
Orang tau sejarah Mus di Perak. Ramai orang ingat, sebagai anak Perak..Mus sudah pasti mendapat sokongan di Perak. tapi ramai orang tak tau…Mus hanya melibatkan diri dalam politik Perak bila pilihanraya. Habis pilihanraya, tak nampak muka.
Mus bukan jenis yang buat kerja, tapi opportunis yang menumpang kerja orang lain dan mendapat political mileage dari usaha orang lain.
Aku sudah menyediakan KPI untuk Mus sebelum ini, tapi tak sampai hati nak publish. Orang dah tersepit, kalau nak dikatok lagi…nanti orang kata aku tak ada hati perut. Tapi aku nak bagi tau kat Mus dan juga mereka yang sewaktu dengannya..jagalah rakyat. Jangan hanya jaga pemimpin atasan.
Kalau ada sapa-sapa yang nak lawan Dream Team Anwar, face-to-face…dollar-to-dollar…tak boleh menang. Tapi kalau turun berjumpa rakyat, memahami masalah mereka..insyaallah boleh menang.
Mus kalah di Pasir Salak kerana Azmin. Hj. Osman adalah orang Azmin. Azmin lah yang membawa Hj. Osman kembali ke Perak dengan menyingkirkan Hj. Mail. Kalau la Mus team-up dengan Hj. Mail, Mus mampu menewaskan Hj. Osman tapi oleh kerana Mus mengambil sikap berkonfrontasi dengan sapa yang tak setuju dengannya, Azmin mengambil peluang ini.
Hj. Osman bertanding atas desakan Azmin. Hj. Osman bukan minat sangat pun. dia dah letak jawatan Ketua Cabang Pasir Salak dulu dan dipangku oleh Mus. Tapi Mus tak buat kerja. Habis pilihanraya..Mus pun hilang.
Walaubagaimanapun, Mus masih boleh menang kalau calon yang ditentang bukan Hj. Osman.
Satu perkara menarik..pasai apa Anwar tak tolong Mus di Pasir Salak? Aku tak tau la kalau Mus ada jumpa Anwar minta tolong buat macam Permatang Pauh. Last minit, Dr. Mansor menang tanpa bertanding sebab Pak Tam sakit perut. Tak kan Anwar tak boleh tolong Mus kot? Supaya last minit…Hj. Osman tarik diri sebab sakit perut.
Apa pun…semua sudah berlalu. Dengar cerita..Dr. Mohamad Nur Manuty sudah rajin balik Larut. Mungkin sedang membuat persiapan untuk menggantikan Mus di Perak.
Sekarang, Team Azmin tak perlu risau dengan Mus. Mereka semakin risau dengan Zaid.
Aku tak kisah sangat dengan jumlah pencalonan kerana ianya boleh diatur. Mus kalah di Pasir Salak sebagai Ketua Cabang tapi menang pencalonan sebagai Timbalan Presiden kerana ianya boleh dirancang. Tetapi berapa undi sebenar yang boleh diperolehi dari ahli…itu lebih penting.
Ahli-ahli PKR Perak dalam keadaan serba salah. Mereka terpaksa membuat keputusan berdasarkan tiga faktor. 1. Hormat kepada Mus sebagai Pengerusi Negeri. 2. Takut kepada Azmin sebab Anwar dengar cakap Azmin. 3. Hati untuk Zaid.
Team Azmin buat apa yang Mus buat terhadap Hj. Osman. Menuduh tanpa bukti.
Seminggu sebelum hari mengundi di Cabang Pasir Salak, tentera Mus menyebarkan berbagai fitnah terhadap Hj Osman...ada yang mengatakan Hj Osman "round"bersama Hanafiah Man ke Pasir Salak untuk meraih undi...Hj Osman menabur duit kepada pengundi(ahli) Cabang Pasir Salak..Hj Osman bukan calon yang sesuai untuk jadi Ketua Cabang...hinggakan ada satu fitnah yang cukup besar disebarkan mengatakan Hj Osman makan duit parti...? ni kah budaya kempen yang digunakan..semata-mata ingin jadi Ketua Cabang..? memang ini bukan kerja Mus..tapi kerja bala tenteranya.
Muhasabahlah diri tu..ingat ! jawatan dan pangkat hanya digunakan di dunia ni saja..di Ahkirat tak laku..tak kira Ketua UMUM, Presiden, Tim Presiden..Naib Presiden atau MPP...
segala-galanya disini
TPM CABAR SU AGUNG PKR
PERAK NEWS:TERIMALAH KEKALAHAN DENGAN HATI YANG TERBUKA WAHAI PEMIMPIN ULUNG?
Beliau mendakwa pencalonan Osman dicadangkan oleh seorang anggota parti yang tidak membayar yuran keahlian.
Menurut peraturan PKR, mereka yang ingin bertanding dan mencadangkan sebarang pencalonan mesti terdiri daripada ahli yang sah termasuk membayar yuran keahlian mereka.
Mustaffa mendakwa tiada pegawai yang dihantar untuk memeriksa dan memantau perjalanan mesyuarat cabang berkenaan.sini
Menurut kata salah seorang Naib Presiden yang juga Ketua Cabang PKR Gopeng, YB Dr Lee Boon Chyr,kekalahan Hj Mustafa Kamil Ayub pada pemilihan untuk jawatan Ketua Cabang PKR Pasir Salak Sabtu lalu, tidak menggugat kedudukannya sebagai Pengerusi Negeri mahupun sebagai calon Timbalan Presiden.
Bagaimanapun Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye berkata, ia terpulang kepada Hj Mustafa untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan hasratnya ataupun tidak.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKR Negeri Perak berkata, setakat ini kepimpinan negeri mempunyai keyakinan terhadap Mustafa untuk terus menerajui parti itu di peringkat negeri.
“Justeru, kekalahan Haji Mustafa yang juga Naib Presiden PKR Pusat kepada Haji Osman Abdul Rahman bagi merebut jawatan Ketua Cabang Pasir Salak Sabtu lalu bukanlah satu isu besar yang merencatkan masa depan politiknya.
“Namun, segala-galanya terpulang di tangan Hj Mustafa untuk mengambil langkah seterusnya,” katanya.
Boon Chye menyatakan perkara itu bagi mengulas kekalahan mengejut Mustafa di Pasir Salak Sabtu lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, kekalahan itu sama sekali tidak menjejaskan proses pencalonan yang dibuat beberapa Cabang untuk Mustafa mengisi jawatan Timbalan Presiden.:
“Saya yakin dan percaya perwakilan PKR mempunyai persepsi berbeza terhadap Hj Mustafa dan kekalahan itu adalah sebahagian dari proses politik,” katanya. sini
Rabu, 22 September 2010
SIAPA PILIHAN DR SYED
Calon yang bertanding bagi jawatan itu sebaliknya perlulah teruji dalam persaingan dan juga berpegang teguh kepada dasar-dasar parti, katanya.
Beliau turut berharap agar tidak ada pemimpin yang akan keluar daripada parti selepas pemilihan kali ini.
"Saya harap tak adalah. Tapi ada juga misalnya yang mungkin keluar, atau mungkin tidak. Entah-entah dia hendak keluar sebab dia kalah, mana kita tahu.
"Tapi kalau ada calon keluar kerana kalah, itu menunjukkan lebih baik dia keluarlah. Ertinya dia tidak berpegang teguh kepada dasar parti," katanya ketika ditanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas komentar yang disuarakan penyokong calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu setakat ini.
Antaranya, komentar daripada pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad semalam berhubung ikrar calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim untuk untuk memelihara kuasa presiden parti.
Nik Nazmi berkata, ikrar tersebut hanya satu gimik memandangkan Zaid masih berada dalam parti Umno dan belum menyertai PKR ketika jawatan ketua umum dibentuk untuk Anwar dalam kongres parti itu pada 2007.
Mengulas pandangan tersebut, Syed Husin berkata tuduhan-tuduhan seperti itu timbul disebabkan pemilihan yang berlangsung.
"Itu adalah hak orang untuk mengatakan. Kadang-kadang orang yang tak ada pada waktu itu mungkin dalam parti musuh jadi terutama sekali apabila ada persaingan akan timbul tuduh menuduh dan pandangan berbeza.
Azizah dibayangi
"Benda itu tak perlu, sama juga tak perlu misalnya orang mengatakan 'oh dia tak nafikan pun bila media mengatakan dia jadi ini, jadi itu,' macam-macam lagi.
"Padahal benda itu tidak betul... Jadi ini berlaku dalam pertandingan, ini timbul banyak semasa pemilihan," katanya lagi.
Syed Husin bagaimanapun mengakui bahawa presiden parti itu sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kelihatan seolah-olah dibayangi oleh ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Memang dari segi politik Anwar lebih terkenal daripada yang lain termasuk presiden. Kadang-kadang media juga memberikan secara positif atau negatif, liputan yang luas. Jadi kelihatan seolah-olah dia lebih menyerlah (berbanding Wan Azizah). Dan ada kalanya dia memang lebih menyerlah.
"Misalnya dalam ceramah umum. Beliau seorang penceramah yang efektif, yang menarik dengan mudah saja dia boleh menyerlah berbanding sesiapa yang lain. Sebab itu dia merupakan tarikan kepada orang ramai dalam ceramah.
"(Tapi) mesyuarat parti sentiasa dipimpin oleh presiden parti. Kalau tak ada presiden parti, oleh timbalan," katanya lagi.
Ketika ditanya, beliau berkata persepsi bahawa PKR hanyalah perjuangan untuk Anwar adalah direka oleh media dan musuh tertentu kepada parti.
"Memang dulu bila Anwar ditahan, perjuangannya merupakan satu perjuangan penting yang (utama) waktu itu bagi membebaskan Anwar daripada tahanan.
"Tapi pada waktu itu, walaupun dia ditahan, parti tidak mati, tapi berkembang. Sekarang ini kita lihat bahawa Anwar (sebagai ketua umum). Tapi (ketika) membicarakan dalam kongres, atau dalam mesyuarat atau latihan parti, ia bukan lagi soal Anwar," katanya lagi.
Mengulas mengenai Azmin Ali yang dikatakan sebagai 'jeneral Anwar' dalam PKR, Syed Husin berkata Azmin tidak selalunya menyebelahi Anwar.
"Jika anda tengok dia dalam mesyuarat dengan parti, anda akan lihat bahawa dia ada kekuatan sendiri. Dan tidak benar, sejauh mana yang saya lihat, bahawa dia sentiasa (menyokong) Anwar atau dia sememangnya pengganti terpilih untuk Anwar," katanya lagi.
Ketika ditanya lanjut mengenai kriteria yang perlu bagi penggantinya di jawatan tersebut, Syed Husin berkata parti itu juga memerlukan seseorang yang berdisiplin dalam menjalankan fungsi organisasi.
"Jika dia dilantik ahli dalam satu jawatankuasa biro, dia perlu hadir mesyuarat dan bukannya membuat aduan tanpa menghadiri mesyuarat. Pertama sekali, dia perlu buat aduan melalui parti.
"Ini saya tujukan kepada semua anggota jawatankuasa, bukan seorang saja," katanya.
Tambahnya, persaingan di antara kumpulan dan anggota parti juga merupakan satu perkembangan sihat, tetapi ia menjadi sebaliknya apabila mereka meraih sokongan melalui media.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan media arus perdana dan juga di laman web yang "tidak mesra dengan parti" dan memburuk-burukkan PKR serta pemimpinnya.
"Kita selalu nasihatkan anggota kita, media perlu menjadi langkah terakhir (untuk suarakan pandangan). Semua media akan cuba mendapatkan berita (sensasi), tapi kita akan sentiasa maklumkan kepada kepada ahli kita supaya selesaikan (masalah mereka) di dalam parti terlebih dahulu," katanya lagi.
Syed Husin juga berharap, pemilihan parti kali ini tidak akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan anggota parti.
Katanya, pemilihan bukanlah sesuatu yang asing dalam parti itu dan anggotanya akan kembali bersatu selepas setiap kali pemilihan.
"Saya sangsi sekiranya akan berlaku perpecahan dalam parti. Hanya sebab seorang (pemimpin) bertanding melawan seorang lagi tidak akan wujudkan perpecahan," katanya lagi.
MENGAPA MEREKA BEREBUT-REBUT..KERANA KUASA?
Beberapa orang dari mereka turut sama mengulas dan mencaturkan keputusan pemilihan itu. Antara bekas anggota parti berkenaan yang sudah berkokok termasuklah Ezam Mohammad Noor, Nalakarupan, Zulkifli Nordin, Anuar Shaari dan beberapa yang lain. Mereka juga jadi panas punggung dan tidak sedap duduk. Kenapa?
Jawabanya mereka perlu mencampuri urusan bekas parti mereka itu kerana bimbang parti mereka itu akan kuat seterusnya dapat membentuk kerajaan bersama Pas dan DAP dalam pilihan raya umum akan datang. Jadi untuk memastikan kedudukan mereka tidak terancam maka PKR perlu dikucar kacirkan. Mereka yang berjiwa kecil sangat takut kepada perkembangan itu. Jadi dengan apa cara sekalipun mereka akan menganggui PKR.
Dari sudut lain kepedulian dan keperihatinan mereka itu memberi gambaran yang PKR kini semakin sihat dan gemuk. Ada petunjuk rakyat menerima PKR dan akan bersatu menyokong Pakatan Rakyat. Mereka perlu kucar kacirkan atau memberi imej buruk kerana pangkal perjuangan Pakatan Rakyat berada dalam PKR.
Semua tindak tanduk mereka itu untuk memburukkan Anwar Ibrahim. Ertinya mereka masih percaya dan yakin bahawa pengaruh dan aura Anwar masih berbisa dan ia perlu dimusnahkan. Walaupun usaha berterusan untuk memusnahkan Anwar namun Anwar tidak mudah untuk kojol. Di sinilah kekuatan yang ada kepada Anwar.
Bekas ketua Angkatan Muda PKR, Ezam berkata PKR kini dikuasai oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya. Azmin adalah orang Anwar Ibrahim. Ezam cuba memberi penjelasan apa yang orang semua sudah jelas dan faham. Apakah salahnya kalau keluarga Anwar memiliki dan menguasai PKR. Tidak salah. Ezam sudah tidak boleh diharap untuk memimpin kerana ia sudah melarikan kerana takut kepada hanya seorang manusia bernama Azmin.
Berdepan dengan Azmin, Ezam umpama ayam jantan kampung yang takut berlaga, dengar kokokkan lawan sudah lari melintasi tiga buah padang. Sia-sia orang mengangkat Ezam sebagai pahlawan refomrasi kerana dengan rakan sendiri pun dengki dan takut.
Jadi kalau PKR dikuasai Anwar, Azizah atau Azmin, Ezam tidak perlu kesal dan gunda gulana kerana memang tidak ada siapa hendak berlawan ataupun boleh mengatasinya (Azmin). Kalau Ezam sendiri yang dianggap hero penjara, hero kena tangkap dan hero kena dakwa pun takut apa lagi diharap kepada para pengais pagi makan pagi dan pengais petang makan petang dalam PKR ataupun yang menjadikan diri mereka sebagai kumpulan 10 budak hitam.
Dalam tindakan demokrasi ini bekas timbalan PKR Gombak, Bakar Ninggal (foto) itu lebih baik dan berani dari Ezam. Bakar tidak suka kepada Azmin berkali ganda dari Ezam tetapi Bakar tidak tinggalkan parti. Dia ambil keputusan berani seperti memacung tengkok sendiri untuk berdepan dengan Azmin. Bakar lebih faham dan profesional dalam politik berbanding dengan Ezam.
Bakar tahu dia akan kalah berdepan dengan Azmin. Tetapi beliau masih ada semangat demokrasi. Beliau tidak mencaci Azmin di luar gelanggang tetapi mengasak Azmin di dalam gelanggang. Orang seperti Bakar inilah yang perlu disanjung dan dipuji kerana keberanian dan sikap demokratik dan gentlmennya. Kalaupun Bakar kalan (dan akan kalah pun), tetapi Bakar tetap dianggap hero berbanding dengan Ezam. Ezam perlu malu kepada Bakar atas sikap berani dan bertanggungjawab untuk menumbangkan Azmin secara halal. Kalau ada masa Ezam perlu ke rumah Bakar untuk mempelajar politik darinya.
Kepada ahli dan penyokong PKR usahlah rungsing dan mudah panik. Percayalah kokokkan mereka di luar parti tidak akan membawa apa-apa makna. Ahli PKR jangan dengar mereka kerana suara mereka bukan suara perpaduan ataupun pandangan yang membina bagi memperkukuhkan PKR. Suara dan kritikan mereka ialah untuk mejahamkan parti berkenaan. Mereka bersuara bagi pihak musuh PKR iaitu Umno.
Tidak mustahil kalau Umno telah mengupah para pengacau ini. Saya mendapat tahu ada pihak tertentu dari Umno sedang memonitor pemilihan dalam PKR dan mahu memastikan orang tertentu kalah ataupun menjadikan PKR berkucah dan berbalah sesama sendiri. Ahli dan penyokong PKR hendaklah faham jarum halus yang menyusup dalam parti mereka ini.
Begitu juga dengan gelagat seorang lagi bekas ahli parti berkenaan bernama RS Jenapala yang beriya hendak mengadakan sidang akhbar setiap Isnin mengkhritik ketidakadilan dalam parti. Siapa dia untuk berbuat demikian. Apabila beliau dinafikan untuk bertanding jawatan timbalan ketua beliau marah sedangkan dia bukan ahli PKR. Kalau orang waras dia tidak akan mencampuri urusan rumah tangga orang lain, kalau pun dia sendiri tidak ada rumah.
Wajar beliau dinafikan bertanding. Bukan itu saja kalau ada undang-undang membolehkan seseorang pengacau parti lain dibuang daerah maka beliau patut dibuang ke luar dearah. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail Jenapala ini sudah lama dipecat dari menjadi ahli parti berkenaan.
Kekalutan dalam PKR masa kini boleh diatasi sekiranya setiap dari mereka yang bertanding terus menjaga tata susila berorganisasi dan tidak membuat provokasi berlebihan. Mereka juga perlu memperbetulkan nawaitu masing-masing. Apa yang dikejar kini bukan jawatan dan kedudukan tetapi bersepakat untuk menuju ke Putrajaya. Tidak ada guna kalau seseroang boleh jadi timbalan presiden atau naib presiden tetapi parti kalah dalam pilihan raya.
Setakat memegang dayung kalau perahu tidak ada kita tidak akan dapat menyeberang samudra.
Makanya semua pihak harus memfokuskan kepada matlamat itu bukannya mencari populariti diri masing-masing dengan pelbagai jawatan.
Posted by mso
CALON-CALON TIM PRESIDEN JANGAN TERLALU BIADAP !!
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua JPP, Dr Molly Chead berkata parti memandang amat serius amalan politik wang dan sekiranya terbukti kesalahan, seseorang calon boleh digantung daripada mengambil bahagian dalam proses pemilihan.
Malah menurut beliau kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana calon untuk meraih sokongan tidak harus menjejaskan imej parti atau mencemarkan nama baik KEADILAN serta sentiasa meletakkan kepentingan perjuangan parti mengatasi segala kepentingan diri.
"Individu atau kumpulan penyokong tidak dibenarkan mengadakan sidang media di ibu pejabat parti untuk tujuan kempem. Adalah dikesali sidang media yang diadakan oleh beberapa ahli parlimen untuk menyokong Azmin Ali diadakan tanpa pengetahuan pihak pengurusan ibu pejabat.
"Semua aduan mestilah disalurkan kepada JPP di ibu pejabat parti dan bukannya dibuat melalui media termasuk blog peribadi. Tindakan itu tidak memberi kepentingan kepada KEADILAN sekiranya mendedahkan keburukan dikhalayak ramai," tegas Dr Molly.
Beliau berkata JPP diwujudkan bagi memantau perjalanan Pemilihan Parti 2010 hasil daripada pindaan perlembagaan yang memboleh pemilihan langsung dari peringkat akar umbi melalui kaedah 'seorang pengundi satu undi'.
Tambah beliau, perubahan ini adalah fundamental dan julung kali dilakukan oleh sebuah parti politik disamping menjadi cabaran kepada seluruh anggota yang kini mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk melaksanakan hak mereka dengan memilih pimpinan yang telus, efektif dan komited kepada perjuangan.
"Salah satu persediaan utama bagi sebuah parti yang masih muda seperti KEADILAN ialah melaksanakan garis panduan Kod Etika yang merangkumi kod etika bagi pemilihan parti - termasuk apa yang dibenarkan dan juga larangan.
"Peraturan bagi mengawasi semua proses pemilihan termasuk pencalonan telah disediakan disamping latihan bagi pemantau pilihan raya. Maklumat mengenai pemilihan parti juga dimuatkan di dalam laman web rasmi KEADILAN.
"Mewujudkan suasana sihat bagi pemilihan secara langsung ini berdasarkan kepada beberapa prinsip termasuk pilihan raya yang bebas dan bersih, kesamarataan, kepentingan parti mengatasi peribadi, tiada politik wang, proses yang telus, kebertanggungjawaban serta akauntabiliti kepada semua ahli.
"Sementara kempen pemilihan bagi peringkat cabang semakin panas dan pencalon bagi kepimpinan pusat juga semakin hampir, adalah menjadi tanggungjawab JPP untuk memastikan segala peraturan di patuhi," kata Dr Molly lagi.
Selasa, 21 September 2010
PERAK NEWS: BRADER NI SUDAH JAWAB
Pemakluman itu dibuat Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution lewat petang tadi sekaligus menafikan dakwaan Jenapala yang mendakwa dirinya masih anggota PKR dan merupakan ahli PKR seumur hidup.
"Kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.
"Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010," kata Saifuddin dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.
Sebelum ini Jenapala membuat satu sidang media mengumumkan kesediaannya menawarkan diri bertanding kerusi panas iaitu calon Timbalan Presiden PKR.
Terbaru, beliau sekali lagi mengadakan sidang media hari ini mengkritik jawatankuasa Pemilihan PKR setelah borang pencalonan beliau ditolak.
Ekoran statusnya bukan lagi anggota PKR, Saifuddin berkata Jenapala tidak boleh menawarkan diri untuk apa-apa jawatan dalam PKR.
Selain itu, tindakan mengkritik jawatankuasa pemilih PKR 2010 juga jelas Saifuddin hanya akan mempamerkan sikap sebenar Jenapala yang pernah mengkhinati perjuangan PKR.
"Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan," katanya.
PERAK NEWS: BRADER NI TAK PUAS HATI
Beliau berkata terdapat anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri, terutama dari Selangor, yang didapati menggunakan kedudukan mereka, bergerak ke seluruh negara berkempen untuk calon pilihan.
Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat PKR dan isterinya, presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail perlu tampil membuat penjelasan sama ada perkara itu benar-benar terjadi atau sebaliknya, ataupun dakwaan PKR sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dalam pemilihan seperti yang dibanggakan, akan dipertikai.
"Saya terperanjat mendengar anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor yang menggunakan jentera kerajaan dan kedudukan mereka dalam berkempen untuk calon pilihan. Mereka malah menjelajah ke seluruh negara bagi meraih sokongan untuk calon pilihan," katanya di sini pada Isnin.
Beliau berkata Anwar juga perlu bertindak segera untuk menghentikan taktik pihak tertentu menggunakan namanya bagi meraih sokongan kerana ia bertentangan dengan amalan demokrasi dalam PKR yang membenarkan sesiapa sahaja bertanding.
Jenapala Perumal turut mendesak Anwar agar segera bertindak terhadap pihak tertentu yang secara jelas melaburkan wang bagi meraih sokongan dengan berselindung di sebalik majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri.
"Ribuan ringgit telah dihabiskan untuk majlis makan malam dan hamper yang diberikan atas nama rumah terbuka dan kini untuk pesta tanglung...Perkara ini perlu dihentikan segera oleh pemimpin parti. Kesemua ini merupakan proses yang amat tidak sihat," katanya.
Beliau yang meletakkan jawatan pada 2008, juga mendakwa dinafikan peluang bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah tiga pencalonan yang diterimanya ditolak Jawatankuasa Pemilihan Parti.
Anggota PKR Ipoh Barat itu mendakwa beliau memperoleh tiga pencalonan daripada cabang Ipoh Barat, Batu Gajah dan Beruas parti itu yang bermesyuarat semalam, sekali gus melayakkannya bertanding.
Bagaimanapun, katanya, pencalonan tersebut ditolak oleh pemantau pemilihan Dr Lee Boon Chye dengan alasan beliau bukan lagi anggota parti, sedangkan semakan di ibu pejabat PKR Jumaat lalu menunjukkan keanggotaannya masih sah.Isnin, 20 September 2010
BLOG AKU..BLOG AKU..
dashboard langsung tak boleh nak tengok..kena update ikut cara lain la pulak...rasanya dah seminggu macam ni..
Cekgu Bard leading kat Perak bagi jawatan Ketua AMK Pusat..Rafizi follow ikut belakang..MATC AMK di Perak pada 25hb ni..Rafizi mungkin leading...Jonah selesa..
Sabtu, 18 September 2010
PERAK NEWS: ESOK HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB AKAN DAPAT 5 PENCALONAN DI PERAK
Esok 8 Cabang akan adakan Mesyaurat Agung, Cabang Kuala Kangsar,Ipoh Barat, Ipoh Timur,Tambun, Batu Gajah, Kampar, Parit dan Beruas.
Hj Mustaffa Kamil di jangka akan mendapat 5 lagi pencalonan, Datuk Zaid 1 pencalonan manakala YB Azmin dijangka hanya akan dapat 2 pencalonan, dan mungkin juga akan ada cabang di Perak yang akan mencalonkan Hj Mustaffa Kamil Ayub sebagai Presiden. Apa pun itu tertakluk kepada pandangan cabang- cabang di Perak esok.
Bagi jawatan Ketua Cabang, 4 muka baru,Cabang Taiping (Mohd Lokman), Cabang Gerik(Moon Ahka) , Lenggong (Mohd Yunus b Hashim) dan Cabang Larut (Dr Mohd Nor Manuty).
Manakala cabang lain keka menang tanpa bertanding, Cabang Bagan Serai ( Md. Nasib), Cabang Sg Siput( Mohd Aun), Cabang Parit Buntar( YB Abdul Yunus) , Cabang Padang Rengas( Alias Zenon) dan Cabang Bukit Gantang( Hj Ismail Yusop).
Dan esok 5 Cabang akan ada pertandingan bagi Ketua Cabang, Cabang Batu Gajah(Nadarajah/Lee Soh Har/ Ng Mun Yin- semua muka baru), Cabang Beruas ( Robert Ngo Chin Pen- (Penyandang) /Vijayananthan), Cabang Tambun ( Zulkifli Ibrahim-(Penyandang) /Ahmad Salehudin), Cabang Kuala Kangsar( Tun Ali / Ismail Bahak-semua muka baru) dan Cabang Kampar( Hj Ahmad Shaarani-(Penyandang)/ YB Chan Ming Kai)
Manakala yang menang tanpa bertanding Hj Usaili Alias( Parit) , MA Tinagaran( Ipoh Barat) serta YB Chang Lih Kang(Ipoh Timur)
PERAK NEWS: 9 CABANG PENENTU NASIB HJ MUS SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN
Pagi ini 9 Cabang di Perak akan melangsungkan MATC. Yang menarik pencalonan Timbalan Presiden, samada Pengerusi MPN Perak Hj Mustaffa Kamil Ayub atau Naib Presiden YB Azmin Ali mendapat kelebihan daripada Cabang- Cabang di Perak.
Kalau tengok mood di Perak, Hj Mustaffa Kamil Ayub akan dapat kelebihan kerana beliau merupakan Pengerusi MPN Perak. Semangat anak Perak..tapi itu hanya cerita "bayangan". Apa pun tunggu saja pagi ni. Cuma teman dapat satu sms yang agak menarik" Hj Mustaffa akan tewas di Bagan Serai"...?
Jumaat, 17 September 2010
BERITA TERKINI: HJ MUS DAPAT 1, TIAN CHUA DAPAT 1,ZAID DAPAT 1, AZMIN DAPAT 2
YANG DIPECAT ISYTIHAR KELUAR PKR?
fauzi muda,faizal( baju melayu),shahrol,rosli
Bekas Ketua AMK Cabang Parit Faizal Effendi yang di pecat oleh Parti baru-baru ini ,mengisytiharkan diri keluar PKR bersama Rosli ( AMK Kampar), Adam ( AMK Kuala Kangar ) serta Shahrol ( AMK Pdg Rengas) pada tengahari tadi di Hotel Sri Malaysia Ipoh. Turut sama dalam majlis itu Fauzi Muda serta isteri beliau.
RAHSIA SUNGAI PANCHU
Di sebalik air sungai yang keruh itu mengandungi ratusan fragmen tulang manusia, dipercayai dijadikan sebagai ‘kubur berair’ bagi mangsa bunuh.
Difahamkan, polis menjumpai lebih 300 fragmen tulang manusia dari dasar sungai yang terletak hanya antara empat dan lima kilometer daripada ladang berlakunya pembunuhan empat individu.
Menurut seorang pakar yang mengendalikan pembakaran mayat sejak 20 tahun, apabila badan manusia itu dibakar, ia akan meninggalkan kira-kira 20 sehingga 25 fragmen tulang yang dapat dilihat.
Setakat ini, polis sedang menyiasat pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dan mengesahkan sekurang-kuranya lapan laporan mengenai individu hilang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ke berkenaan.
Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seminggu selepas itu cebisan mayat mereka dijumpai dalam Sungai Panchau dan beberapa sungai lain berhampiran Ladang Gadong.
Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu.
Sumber yang mempunyai kaitan dalam penyiasatan itu berkata, fragmen tulang dianalisis oleh pasukan khas forensik dan jabatan kimia bagi mengenal pasti latar belakang mereka.
Pasukan polis forensik memulakan pencarian di sungai berkenaan sejak Ahad lalu dan menjumpai dua pisau, beberapa jam tangan dan barangan kemas.
Polis telah melantik dua pasukan khas manakala penyiasat melakukan tugas mereka sepanjang masa di lokasi kejadian.
Polis turut meneliti laporan kehilangan beberapa individu yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu bagi mengenal pasti terdapat kaitan dengan suspek utama yang merupakan adik-beradik peguam.
“Diharapkan, kita dapat menyelesaikan beberapa kes yang dibuka semula dengan petunjuk-petunjuk baru ini,” menurut satu sumber.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan khas kini menyiasat semua laporan kehilangan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek.
“Tiada satu pun akan terkecuali dan semua laporan orang hilang akan disiasat,” katanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada Ahad, terdapat empat kes orang hilang yang disiasat semula berdasarkan laporan polis dibuat oleh keluarga yang mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam.
Satu sumber berkata, antara mereka yang hilang dipercayai ‘dihapuskan’ adalah seorang warga India, seorang wanita tempatan dan dua lelaki.
Difahamkan polis di bahagian pemalsuan wang akan memohon Majlis Peguam supaya aset dua peguam terbabit dibekukan.
Khamis, 16 September 2010
DI INDIA SAYA DI PANGGIL MALAYSIA, DI MALAYSIA SAYA DI PENGGIL INDIA
Speaker Pakatan Rakyat Dun Perak, V Sivakumar berkata, rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara daripada segala ancaman.
“Kita lahir di Malaysia, kita juga akan mati di Malaysia, kita tidak ada negara lain melainkan Malaysia.
“Oleh, itu kita harus setia dan mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan Malaysia daripada segala bentuk ancaman. Kita mahu melihat Malaysia yang bebas daripada jenayah, rasuah, kronisme dan nepotisme,” ujarnya yang juga Adun Tronoh pada sambutan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat Batu Gajah yang bertemakan ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’, hari ini.
Sambutan itu diadakan pada pukul 10 pagi di Cawangan DAP Kampung Baru Bemban.
Turut hadir ialah Lim Pek Har (Adun Menglembu), Yang Dipertua PAS Batu Gajah, Ustaz Ismail, Wakil PKR saudara Anthony, Pengerusi DAP dari cawangan-cawangan Dun kawasan Tronoh, ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.
Program dimulakan dengan jamuan ringan diikuti dengan ucapan pimpinan tempatan untuk menyemarakkan Semangat Malaysia.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan berkata, “Bila saya berada di Malaysia, saya dipanggil India. Bila saya pergi ke India, saya dipanggil Malaysia…siapa saya?”
Soalnya, adakah 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri akan berjaya mencari satu penyelesaian untuk masalah itu yang dihadapi oleh sebilangan besar rakyat yang dilahirkan di negara ini.
“Atau pun 1Malaysia hanya sekadar mata kail untuk memancing undi dalam pilihan raya akan datang?” soalnya lagi.
Berikut kenyataan beliau mengenai Hari Malaysia.
Malaysia terbentuk pada 16 September 1965. Tetapi, sehingga tahun lalu tarikh itu tidak diberi keistemewaan oleh kerajaan. Hari kemerdekaan disambut dengan meriah pada tiap-tiap tahun pada 31 Ogos. Jalur Gemilang dipasang di seluruh negara. Tetapi, tidak ada iktibar yang sama untuk menyambut Hari Malaysia yang tidak kurang pentingnya pada 16 September.
Bagi Sabah dan Sarawak, tarikh 16 September mempunyai makna yang lebih besar daripada 31 Ogos. Walau bagaimanapun, 45 tahun telah berlalu untuk kerajaan sedar bahawa tarikh 16 September mempunyai ertikata yang sangat mendalam di sanubari setiap rakyat Malaysia. Pada 16 September inilah lahirnya nama baru untuk tanah air kita ‘Malaysia’.
Pakatan Rakyat mengiktiraf sepenuhnya Hari Malaysia untuk disambut meriah oleh seluruh rakyat negara ini termasuk Sabah dan Sarawak. Tekanan dan desakan telah diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap kerajaan untuk membuka tirai menyambut Hari Malaysia yang penuh bermakna ini.
Atas desakan tersebut, maka pada tahun ini kerajaan telah mengisytiharkan 16 September sebagai hari cuti umum. Kerajaan telah sedar dan menjadikan pertikaian yang diungkitkan oleh Pakatan Rakyat sebagai satu pedoman untuk mengambil tindakan ini.
Kerajaan juga mengaku kesilapan yang telah dilakukan olehnya selama 45 tahun tidak memberi keutamaan yang sewajarnya kepada Hari Malaysia. Pemberian cuti umum pada 16 September ini merupakan satu kejayaan besar kepada usaha Pakatan Rakyat menanam Semangat Malaysia di kalangan rakyat jelata.
Semangat Malaysia ini adalah penting kerana negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Untuk menjamin kesejahteraan dan kemajuan negara, Semangat Malaysia ini akan menjadi tunggak perpaduan.
Kita tidak mahu rakyat negara ini pecah belah. Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu mengancam perpaduan masyarakat dalam negara ini. Kita mahu lihat negara ini aman dan damai. Rakyat hidup secara muhibbah tanpa hasad dengki dan bermusuhan. Inilah aspirasi yang perlu ditanam di dalam jiwa setiap rakyat di negara ini. Kita juga harus mengutuk sekeras-kerasnya orang-orang yang mahu mencemarkan perpaduan negara ini.
PERAK NEWS: HJ MUSTAFFA SEMAKIN SELESA DI PERAK
Hj Mustaffa Kamil Ayub dijangka akan dapat percalonan yang cukup selesa sekiranya beliau "masih berminat" untuk bertanding Naib Presiden PKR..setakat ini hanya YB Mohammad Azmin dan Datuk Zaid Ibrahim yang telah membuat pengesahan untuk bertanding Timbalan Presiden PKR.
Kalau mengikut "survey" sehari dua ni..bagi MATC di Perak pada 18-19/09/2010 Hj Mustaffa Kamil dijangka dapat tidak kurang daripada 9 pencalonan, manakala Datuk Zaid Ibrahim 2 pencalonan dan YB Azmin dijangka hanya akan dapat 5 pencalonan.
PERAK NEWS: RAFIZI RAMLI dan JONAH SELESA DI PERAK
Daripada maklumat kawan-kawan dari cabang-cabang di Perak yang akan mencalonkan Sdr Rafizi Ramli sebagai Ketua AMK Pusat adalah AMK Cabang Bagan Datoh, AMK Batu Gajah, AMK Pasir Salak,AMK Beruas, AMK Lumut, AMK Tg Malim, AMK Tapah, AMK Bagan Serai, AMK Ipoh Barat dan AMK Larut.
Bagi jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat, Sdr Khairul Anuar@Jonah dijangka akan mendapat 12- 15 pencalonan daripada AMK Cabang di Perak.
PERAK NEWS: SENARAI CALON TERKINI CABANG BAGAN SERAI
CALON-CALON KETUA CABANG
1 MD NASIR RAHIN (MTB)
CALON-CALON TIMBALAN KETUA CABANG
1 MUNAWIR BIN MAHMUD
2 NOOR AZLAN BIN MOHAMED JAYA
CALON-CALON NAIB KETUA CABANG
1 ZAINAL BIN RASMIN
2 TAN BENG GUAN
3 ALPOONSE A/L ARULANDU
4 ELIAS B MOHAMED
CALON-CALON AHLI JAWATANKUASA CABANG
1 AHMAD NAJAH BIN KAMARUDDIN
2 NAHBEL A/L NATHAN
3 AHMAD ZAKI HUSIN
4 MAT NASIR BIN DIN
5 MOHAMAD BIN MASTOR
6 ROSMADI B. MAN ZAINAL
7 ASIAH BT. DIN
8 SHARIF BIN SARJONO
9 MORGAN A/L MUNIANDY
10 RACHES A/L ANANDASEKARAN
11 GANESAN A/L GOPALAN
12 ABRAHAM A/L ELLIAS
13 MARK AMANDUS A/L LAURANCE
Rabu, 15 September 2010
TERKINI: SHAMSUL ISKANDAR AKAN TANDING NAIB PRESIDEN?
DATUK ZAID DITAJA ?
Ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti itu.
Katanya, sejak isu pemilihan timbul, cara berkempen setakat ini adalah melabel mereka yang menawarkan diri tetapi tidak direstui sebagai 'musuh parti'.
“Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru? “Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali.
Jika ahli-ahli PKR selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998.
Jika ahli-ahli PKR percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah Umno, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon,” katanya dalam posting terbaru di blognya. Menurut Zaid, beliau menawarkan diri sebagai calon hanya jika ahli PKR mahu alternatif dalam membuat perhitungan.
Selasa, 14 September 2010
JANGAN CALONKAN SAYA
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.Dalam posting terbarunya,
Anwar juga mengingatkan semua calon yang bakal bertanding supaya mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu daripadanya.
Katanya, PKR telah memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik dan memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.
“Maka di atas pundak setiap anggota dibebankan tanggungjawab untuk memastikan idealisme perjuangan dan tuntutan reformasi terus dipertahankan dengan penuh rasa tanggungjawab. “Prinsip tersebutlah yang kelak menjadi asas pertimbangan, dan bukannya tuntutan luaran atau sogokan,” katanya. Beliau juga berkata adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti dan menginginkan persaingan yang sihat.
Pada 9 September lalu, sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mengelar diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini.
Timbalan pengerusinya Abdul Kudus Omar berkata langkah itu bagi mengatasi kemelut dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang semakin panas di antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.Dalam pada itu, Suara Keadilan hari ini melaporkan biro politik PKR Kedah sebulat suara meluluskan usul meminta mesyuarat agung tahunan cabang seluruh negeri itu mencalonkan Anwar bertanding bagi jawatan presiden.
BERITA DARI DR SYED HUSIN
Khamis, 9 September 2010
TAKZIAH KEPADA KELUARGA HJ OSMAN
Rabu, 8 September 2010
Isnin, 6 September 2010
LAGI 6 HARI NAK PENCEN,MUSA BUAT PENDEDAHAN TERGEMPAR
Tan Sri Musa Hassan hari mengakui bahawa Kementerian Dalam Negeri sering menganggu urusan polis..mengapa baru sekarang Musa berkata demikian..? setelah nak bersara baru nak buat pengakuan..? beliau juga mengatakan ada orang-orang tertentu juga sering campur tangan dalam urusan polis..siapa yang beliau maksudkan..?
Beliau juga mengatakan tiada sapa memaklumkan kepada beliau yang kontrak beliau tidak disambung..beliau melahirkan rasa amat kecewa dengan tindakan itu..
Bekas Ketua Polis Negara( IGP)
SAYA BUKAN PENYOKONG AZMIN- YB SIVARASA
Sokongan terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua parti dalam pemilihan parti itu mungkin tidak sekuat yang disangkakan.
Malah, seorang lagi Naib Presiden R Sivarasa mendakwa tidak tahu menahu bahawa sidang media hari ini dianjurkan bagi mengumumkan sokongan pada Azmin. Wakil rakyat Subang itu juga tidak tahu namanya dalam senarai 18 daripada 24 MP PKR dan dua senator yang dikatakan menyokong Azmin, walaupun beliau setakat ini belum menyatakan sokongannya.
"Saya tidak sedar berada dalam senarai itu. Saya rasa tidak sesuai mengumumkannya sekarang. Ia masih terlalu awal," katanya.
Manakala seorang lagi ahli parlimen yang hadir dalam sidang media itu memberitahu Malaysiakini, beliau rasa 'tertipu' memberikan sokongannya kerana ia dipercayai "cara melawan Zaid Ibrahim"
Beliau yang enggan namanya didedahkan mendakwa, beliau hanya dimaklumkan sebelum ini bahawa sidang itu sebenarnya untuk tujuan lain."Saya tidak tahu ia tentang apa.
Saya terima SMS daripada MP lain. Saya terkejut kerana perkara ini tidak dibincangkan dahulu," jelasnya. Mengesahkan perkara ini, MP Batu Tian Chua berkata acara itu hanya untuk menunjukkan sokongan untuk pihak yang mahu bersaing merebut jawatan kanan dalam parti.
"Saya sokong MB berkenaan patut diberikan jawatan lebih penting dalam parti, tetapi lebih elok sekiranya proses ia ditentukan melalui proses yang demokratik," katanya.
PERAK NEWS: CABANG TUMPUAN : CABANG LENGGONG
Oleh: Ahmadzawawi
Semua Parti-Parti Politik dalam negara sedang memberikan tumpuan khusus tentang apa yang sedang berlaku didalam Parti Keadilan Rakyat. Parti PKR sedang melakar sejarah dengan menolak sama sekali cara-cara pemilihan para pemimpin melalui Perwakilan “proxy”.
Mulai Pemilihan 2010/2013 ini setiap ahli berhak mengundi semua jawatan di- kesemua peringkat yang terdiri daripada Wanita Cabang, AMK Cabang, Peringkat Cabang, Wanita dan AMK Pusat seterusnya diperingkat Majlis Pimpinan Pusat. Sesuatu yang UMNO sendiripun belum berani melaksanakannya.
Sebaik sahaja proses Penamaan Calun tamat semalam sebanyak 24 Cabang diNegeri Perak telah menerima pencalunan sebagai Ketua Cabang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 13 Calun Ketua Cabang telah menang tanpa bertanding. Dilihat secara luaran mereka yang menang tanpa bertanding ini adalah orang-orang yang popular dan sukar dicabar.
Sebaliknya jika dianalisa secara mendalam besar kemungkinan Cabang-Cabang tersebut tidak memiliki ahli-ahli yang berkualiti. Ada dua sebab mengapa ianya terjadi begitu.
Yang pertama tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh mahu membimbing pemimpin pelapis dan yang kedua tidak meletakkan priority untuk menarik orang-orang muda menyertai Parti. Jika perkara ini diusahakan bersungguh-sungguh sudah pasti lebih ramai para intelek mahu menyertai Parti PKR dan secara tidak langsung kedudukan Ketua-Ketua sedia ada akan terjejas teruk.
Bagi Cabang-Cabang yang berdepan dengan pertandingan dua, tiga, empat dan lima penjuru pula memang ada terlihat interesting.
Saya suka mengambil kesempatan disini mengucap syabas kepada Tuan Haji Hamzah yang mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang Lenggong. Sesungguhnya beliau berpandangan jauh demi survival parti.
Tuan Haji Hamzah memiliki pengalaman yang luas dalam bidang politik. Saya selaku Naib Ketua dibawah pimpinannya dapat menimba banyak ilmu daripada beliau disamping beliau memberikan pendedahan mentadbir Parti kepada saya diperingkat tinggi mewakili beliau. Jasa beliau akan tetap saya kenang hingga abadi.
Saya sebenarnya mengharapkan Sdra Mohd Yunus Hashim tidak ditentang di Lenggong. Oleh sebab kita mengamalkan demokrasi setiap ahli berhak menerima pencalunan.
Yang menggusarkan saya orang yang menawarkan diri menentang Sdra Mohd Yunus merupakan ahli yang berumur jauh lebih tua lagi daripada Tuan Haji Hamzah. Oleh yang demikian saya tidak nampak ada apa-apa perubahan yang mampu beliau lakukan diera ledakan maklumat dan dizaman serba canggih ini selain daripada mahu mengejar glamour sahaja.
Terdengar oleh saya pertandingan yang paling sengit di Perak ini ialah diPasir Salak. Saya tidak bersetuju. Walaupun Haji Osman akan berdepan dengan seorang berjawatan tinggi (Naib Presiden) beliaupun tidak kurang apa-apa. Jangan kita lupa beliau ialah pengasas diPasir Salak. Hebat tara manapun Cabang itu kini ianya bermula daripada usaha gigih beliau.
Semasa saya Timbalan Ketua Bahagian Padang Rengas saya sering juga mewakili Bahagian hadir dalam mesyuarat negeri. Cara beliau mengendalikan mesyuarat cukup teratur dan setiap pandangan daripada ahli mesyuarat beliau beri perhatian serious. Yang betul-betul sengit saya lihat hanyalah diLumut.
Akhir sekali saya berpandangan Parti PKR akan berdepan masaalah dengan Parti PAS dalam pengagihan kerusi dalam PRU ke 13 nanti. Satu perkara yang menguatkan hujah saya ini ialah dalam aspek menambah keahlian. Parti PKR mencari ahli secara bermusim manakala Parti PAS tidak kira masa, hari-hari pagi petang siang malam.
Kepada sesiapa (ahli) yang berkesempatan membaca tulisan ini buatlah keputusan yang benar-benar boleh memenangkan Parti. Bagi diri saya walaupun tidak menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan jiwa dan kudrat saya tetap kental dengan Keadilan.
ADAKAH INI MELANGGAR ETIKA PEMILIHAN?
Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan kepada YB Azmin Ali sebagai Calon Timbalan Presiden.
Antara MP yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) dan Amran Abdul Gani (Tanah Merah).
Manakala 12 lagi Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).
Manakala 2 senator itu Mustafa Kamal daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan Timbalan Presiden.
Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).
PERAK NEWS: CABANG TUMPUAN: CABANG KAMPAR
Apabila YB Chan Ming Kai ADUN Simpang Pulai, mengambil keputusan untuk mencuba nasib bertanding sebagai Ketua Cabang Kampar ianya merupakan satu tentangan yang hebat terhadap Ketua Cabang sekarang Hj Shaarani.
Hj Shaarani orang lama dalam PKR Perak, beliau merupakan bekas Bendahari Pemuda Keadilan waktu itu bersama dengan Hanafiah Man serta Hamdan Taha.
Tidak dinafikan Hj Shaarani masih mempunyai penyokong dan mendapat sokongan yang kuat dikalangan ahli-ahli di Kampar. Refomis awal.
Apabila ditanya kepada YB Chan Ming Kai mengapa menawarkan diri..? mudah saja jawapan beliau..ingin bekerja bagi memenangkan calon DUN Tualang Sekah bagi PRU akan datang , tidak kira siapa calonnya..yang pasti DUN Tualang Sekah harus jadi milik PKR pada PRU akan datang.
Ada dikalangan teman-teman yang berpendapat, Hj Shaarani sepatutnya memberi laluan kepada Sdr Emmiza, Timbalan Ketua Cabang Kampar. Lagi pun Hj Shaarani telah terlalu lama memegang tugas sebagai Ketua Cabang. Sudah sampai masanya untuk beliau mengundurkan diri sebagai Ketua Cabang.
Sekiranya Hj Shaarani kurang selesa dengan kehadiran YB Ming Kai di Cabang Kampar mengapa tidak meletakan Sdr Emmiza sebagai calon Ketua Cabang? hanya Hj Shaarani saja yang ada jawapannya.
Apa pun semuanya telah berlalu. Dan difahamkan Sdr Emmiza hanya bertanding sebagai AJK Cabang Kampar. Itu saja yang beliau mampu lakukan kerana tidak mendapat restu daripada Hj Shaarani untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi.
Kini Timbalan Cabang Kampar sudah pasti menjadi milik Sdr Baldip Singh seorang peguam muda yang hadir menjadi ahli selepas kemenangan PRU yang lalu. Beliau tidak dicabar untuk jawatan itu, kerana Sdr Emmiza tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Ahad, 5 September 2010
PERAK NEWS: 3 TAHUN SEWA RUMAH DIJADIKAN SURAU? BENARKAH ZAMBRY PEDULIKAN AGAMANYA
Sudah tiga tahun penghuni di Taman Klebang Prima, Chemor merintih sedih apabila mengenangkan surau sementara yang sempit dan tidak cukup selesa dijadikan surau berjamaah.
Surau sementara iaitu Surau Al Makruf menggunakan rumah sewa yang kecil dengan kadar sewa RM200 sebulan dan disambungkan dengan kanopi dan dibalut dengan plastik, itulah keadaan surau sementara di sini.
Di sini mereka bertarawih dan mendengar tazkirah Ramadhan dengan bersesak sesak dan suasana tidak selesa ini terpaksa dihadapi jemaah di surau senentara ini sudah tiga tahun.
(gambar sebahagian ruang luar surau sementara.)
"Penduduk di sini dianggarkan 2,500, 90 peratus Melayu Islam, tetapi beginilah surau sementara ini, jemaah ini merasa tidak cukup selesa dengan surau yang sempit, mereka mahu sebuah sebuah bangunan
"Penduduk di sini memerlukan sebuah surau yang baru yang boleh menampung jemaaah mendirikan solat terutama di bulan ramadhan," ujar pengerusi surau sementara, Surau Al-Makruf, Mohamad Ayob Saad.
Menurut beliau lakasi tapak pembinaan surau baru telahpun dikenalpasti iaitu di lot PT 199628 di Taman Medan Klebang Pima, Chemor dengan keluasan 1364 meter persegi dan anggaran pembinaan surau itu kira kira RM300,000.
"Adun Manjoi, Datuk Nazri Ismail sendiri telah melawat tapak surau baru tersebut pada 11 November 2009 dan beliau sendiri dalam suratnya kepada Pengarah Pembangunan Negeri bertarikhn 28 Disember 2009 menyokong penuh permohonan untuk membina surau di sini," jelasnya.
Menurut timbalan pengerusi surau tersebut, Mohd Ahmad Fuad Zakaria, Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Husni Hanazlah, ketika merasmikan mesyuarat Umno cawangan Klebang Prima menyebut peruntukan RM250,000 untuk pembinaan surau di sini.
Apa yang menyedihkan penduduk di sini khasnya jemaah surau, kata Mohamad Ayob bila menerima surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak yang memaklumkan permohonan bagi membina surau baru di Taman Medan Klebang Prima tidak dapat dipertimbangkan kerana peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut pada tahun 2010 adalah terhad, tumpuan hanya diberi kepada projek projek yang mendesak sahaja.
"Sedih hati kami di sini bila peruntukan pembinaan surau baru tidak dapat dipertimbangkan sedangkan kami mendapat maklumat terdapat beberapa surau yang sedia ada di sekitar ini mendapat bantuan peruntukan tetapi kami di sini tiada ada surau, cuma surau senentara sahaja kenapa surau ini tidak diberikan peruntukan untuk membina surau baru.
"Apakah permohonan kami untuk membina surau baru tidak mendesak sedangkan surau yang sudah sedia itu itu lebih mendesak untuk diberikan bantuan, sedangkan surau inilah yang kian tersedsak kerana sudah tiga tahun berjamaah di sini menunaikan solat di surau sementara yang cukup tidak selesa," ujarnya.
Menurut Mohamad Ayob ada `tangan-tangan ghaib' yang menghalang peruntukan itu diberikan kerana permohonan pembinaan surau itu dikatakan tidak melalui Umno cawangan di sini.
Sehubungan itu, beliau berharap para dermawan dan mereka yang bersimpati dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan surau baru di kawasan itu dapat dibina dan menjadi kenyataan.
Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) , nombor akuan 08013010075546 atas nama Surau Al-Makruf Medan Klebang Prima.
KENYATAAN AKHBAR TIM KETUA CABANG KAMPAR: EMMIZA HASMI B ZUL
KENYATAA AKHBAR
SDR EMMIZA HASMI B ZUL
TIMBALAN KETUA CABANG PKR KAMPAR
ISU MENDESAK SOKONGAN KEPADA HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB
SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN
Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli Majlis Pimpinan PKR Perak selepas mesyuarat MPN terakhir pada 31hb Ogos 2010 yang mendesak supaya semua cabang-cabang memberi sokongan kepada Hj Mustaffa Kamil Ayub adalah satu kenyataan yang dianggap melanggar peraturan parti dimana menghalang cabang-cabang supaya mecalonkan calon lain bagi jawatan Timbalan Presiden Parti. Ini bukanlah budaya politik yang boleh di terima di dalam PKR.
Lagi pun sekiranya seseorang itu berwibawa tidak perlu ada desakan untuk meraih sokongan. Ianya secara total akan mendapat sokongan secara ikhlas dari semua pihak.
Pertandingan perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Hendaknya begitu jugalah dalam PKR. Pertandingan akan menggambarkan sejauh mana kesuburan demokrasi dalam parti berkenaan. Perubahan kaedah pemilihan yang memberi peluang kepada akar umbi memilih dilihat usaha PKR untuk mengembalikan demokrasi dan memberi peluang kepada seluruh ahli membuat pemilihan
Ini kena dipastikan betul-betul. Seluruh calon dan kumpulan yang hendak meletakkan calon biarlah berjiwa besar. Bertanding perkara biasa dan bukan penyelesaian kepada satu kesudahan. Pertandingan untuk menawarkan diri sebagai pemimpin. Kalau kita tertakdir dipilih, terima dengan penuh jujur dan ikhlas. Kalau tidak, juga kena redha. Ingatlah jawatan bukan untuk dimegahi tetapi amanah rakyat untuk dilaksanakan tanggungjawab.
Harapan saya adalah, sekiranya pemimpin itu benar-benar ingin menawarkan diri, biarlah sanggup turun ke akar umbi untuk memberi penjelasan mengapa dan kenapa mahu bertanding, bukannya cara menyekat dengan menggunakan kuasa yang ada.
Kesimpulannya, oleh kerana jawatan yang dipertandingan adalah jawatan Timbalan Presiden maka adalah amat wajar sekiranya jawatan ini dipilih secara syura tanpa melibatkan proses pertandingan untuk mengelakkan perpecahan dan permusuhan sebagai mana yang telah diajar kepada kita pada zaman Khilafah Ar-Rasidin.
Wasalam
EMMIZA HASMI B ZUL
TIMBALAN KETUA CABANG
PARTI KEADILAN RAKYAT
CABANG KAMPAR